IsaLinggi
Sebenarnya memang malas sekali untuk aku bercakap tentang situasi semasa negara kita sekarang kerana apabila aku bercakap, maka darah tinggi aku pun naik dan akhirnya terbang lagi duit kerana bayaran kelinik.
Tapi lagi didiamkan, aku lihat semakin menjadi-jadi keadaannya. Sekarang aku dah tak tahan lagi dan aku nak bercakap.
Mula-mula aku nak bercakap pasai GST. Siapa yang tak terkesan dengan GST tolong bagi no contact kat aku sebab aku nak tanya formula yang dia pakai sampai dia tak terkesan. Kalau dia wakil rakyat, tak payah bagi la no contact kat aku sebab dalam orang dok terkial-kial cari seringgit dua, dia orang dapat tambahan elaun. Kalau peniaga yang berniaga juta2 pun jangan nak bagi no contact kat aku sebab duit kau orang yang berjuta tu memang boleh habis tapi bukan satu atau dua hari tapi mungkin makan masa setahun dua. Aku mahu no contact peniaga-peniaga yang pendapatan bulanan dalam 10 hingga 30 ribu sebulan sebelum ini yang tak terkesan dengan GST ni.
Kerajaan mengaut berbillion ringgit melalui GST tetapi apa yang rakyat dapat. Orang kampong dapat BR1M, orang felda dapat duit raya, warga emas dapat duit raya dari YB atau MB, kakitangan kerajaan dapat bonus, tapi kami peniaga kecil dan sederhana dapat apa? Tahukah kerajaan dengan perlaksanaan GST ni, perniagaan kami merudum 70%. Kalau sebelum ini, pendapatan kasar RM20,000 sebulan kini tinggal RM6,000 sebulan. Kami tak dapat BR1M, kami tak dapat duit raya, kami tak dapat projek kroni, kami berdiri diatas kaki kami sendiri. Sebelum orang nak caci kami, perlu saya ingatkan bahawa kami membayar lebih banyak GST dari yang lain. Cek kami dikenakan GST setiap tranksaksi selain daripada caj 50 sen dari bank negara. Bayangkan dah la nak cari jualan susah, duit yang ada didalam bank pun dicukainya bila buat pengeluaran. Apa punya kerajaan la punya perangai macam ni. Dah la tu.. kutipan GST berbillion tapi nilai duit kita jatuh merudum. Apakah pemerintah rasa seronok tengok peniaga kecil dan sederhana macam kami ni gulung tikar. Sekarang pun berapa ramai dah yang gulung tikar. Aku tak pernah jumpa cukai zalim macam ni sejak lahir 55 tahun dulu. Budak kecil, orang tua, orang cacat, fakir miskin, semua dia orang sapu habis bayar cukai. Apakah tak haram ke kutip cukai kat fakir miskin, OKU dan juga orang-orang tua serta bayi baru lahir. Mana pi habis mufti-mufti yang ada kat Malaysia ni?? Dulu tok janggut sanggup mati kerana melawan cukai zalim dari penjajah tetapi sekarang bangsa Tok Janggut sendiri yang memperkenalkan cukai zalim…
Lepas kena GST, minyak pula kau orang naikkan. Macam KJ cakap, kerajaan perihatin sebab cuma naikkan minyak 10 sen sahaja walaupun seharusnya dinaikkan 20 sen. Punya la bangang KJ, ingatkan menteri muda boleh pikir dengan waras, harga minyak dunia turun tapi kau orang naikkan harga minyak buat apa. Aku tak kisah kalau kau orang naikkan harga minyak tetapi mengaku bahawa nilai duit kita jatuh. Ni tidak, siap kata ekonomi kita didalam landasan yang betul. Lepas tu ada YB dan MB masuk kampong tanya ada kesan ka kenaikkan minyak 10 sen kerana isi minyak full tank ex 5 katanya baru 5 ringgit tahan seminggu. Apa dia oaring ingat orang kampong sekarang tak pakai kereta ka?? Na kantar anak pergi sekolah, nak pergi antar ayah atau ibu pergi cek rutin hospital, nak melawat rakan dan taulan sakit, nak pergi sembahyang jumaat kalau pergi satu keluarga 4 orang nak naik ex 5 ke ulang dua tiga kali?? Apa punya pemikiran pemimpin kita sekarang. Cakap saja hutang kita banyak, rakyat tolong la bayaq.. kan senang.. rakyat tau.
Orang dok sibuk pasal 1MDB. Orang bandar tanya duit 1MDB hilang kemana? Orang kampong pula tanya menatang apa 1MDB?? Mahathir bising pasai duit 1MDB, Cikgu Bard bising mana hilang duit berbillion masa Mahatir jadi PM, Mazlan Aliman (ANAK) bising mana pi duit FGV, Rafizi tanya mana pi duit lebihan beli Bangunan MARA di luar negara, orang RANTAU tanya bila nak pi rumah terbuka Tok Mat (MB N9)… Last-last orang RANTAU kena rendang rumah tok mat (MB) terus lupa GST ka 1MDB ka apa ka.. Bila datang bil letrik lagi 2 3 hari, baru teringat GST balik.
Politik pun dah jadi caca marba. Tiap-tiap hari PAS dok kondem DAP dan GHB. Dulu bukan main sayang dengan DAP sekarang kutuk DAP macam-macam. Ok sekarang aku nak cakap kat pimpinan PAS. Masa muktamar tempohari, kenapa tak cakap pasal 1MDB? Kenapa tak cakap pasal GST? Kenapa tak cakap pasal saham FGV? Kenapa tak cakap pasal MARA? Kenapa tak cakap pasal PTPTN? Kenapa tak cakap pasal harga minyak? Ni bermuktamar dok kutuk pimpinan sendiri dengan gelaran Jebon, Barua dan macam-macam lagi siap dengan doa. Lepas tu siap nak bagi siku dengan lengan. Last sekali resolusi dia nak keluar pakatan dari DAP.
Apa kejadah kalau sekadar nak bermuktamar untuk kutuk ahli sendiri dan putus dengan DAP baik tak payah muktamar. Orang bermuktamar membincangkan hala tuju parti dalam menangani isu-isu negara yang hangat diperkatakan. Tapi dia orang bermuktamar nak bunuh pemimpin2 yang selama ini berada dibarisan hadapan dengan rakyat bermain dengan water canon dan bom asap FRU. Pemimpin yang berani masuk felda walaupun dihalau.. Pemimpin yang berani bercakap di Parlimen walaupun diboo..nak dipilihnya pemimpin yang suka membaca tapi tak mahu bercakap. Nak pilih pemimpin yang pandai sinsing lengan dan siku (dah macam shahrizat la pulak). Nak pilih pemimpin yang waktu parlimen bersidang pi luar negara… Nak pilih pemimpin yang bercakap ikut kepala lutut bukan kepala otak. Lepas tu dah siap kutuk orang, suruh pula orang tu berlapang dada. Apa punya pak lebai. Kena pula musyidul am baru siap kata haram nu haram ni pendapatan orang yang menetang parti… yang wakil rakyat tak datang bersidang tak haram pula pendapatan dia. Sebab itulah Harun Din walaupun bertanding dengan shahidan kassim pun tak boleh menang sebab orang Perlis kenal siapa dia. Nasib baik aku bukan orang Perlis…kalau tidak malu aku ada musyidul am PAS orang macam tu. Lepas tu siap ada baiah talak 3. Hebat betul ulamak2 PAS ni. Pasal politik saja boleh bagi syarat talak 3.
Sekarang aku nak cakap pasal agama. Kenapa dan mengapa kaum lain tidak memahami agama Islam. Ianya berpunca dari kita sendiri yang beragama Islam. Bila kita minta break nak pergi sembahyang zohor, sembahyang Cuma 5 minit, tapi ambil masa sampai setengah jam. Siap pi merokok dulu, siap bersembang dulu kemudian baru balik. Bila tokei cina x bagi pelepasan, kita bising kata x bagi kita beribadah.
Orang Islam sendiri bercakap dolak dalih. Ari ni kata A, besok kata B, lusa kata C lepas tu kata A balik. MacamTuan Presiden PAS, PARTI ISLAM SEMALAYSIA, hari ni cakap A esok boleh cakap B dan lusa boleh cakap C, sebab itulah DAP kata apa lu cakap tak serupa bikin.
HUDUD adalah satu hukum yang mana setiap orang Islam tidak sesekali boleh mempertikaikan kelebihan hukum hudud yang tercatat dalam al quran. Tetapi masaalah sekarang berapa ramai umat Islam dinegara ini yang tahu tentang hudud. Yang orang tahu kalau mencuri potong tangan, kalau berkhalwat kena sebat dan kalau berzina kena rejam sampai mati. Bila Mahathir kutuk hudud, tak ada pula orang melayu nak bising. Bahkan Hassan Ali dengan Nasaruddin bermati-matian nak berkerjasama dengan parti yang presiden dan ahli MT dok bergelak dalam mesyuarat mengutuk hudud. (Aku tak tuduh Hassan Ali dan Nasaruddin, aku cuma tengok video dalam youtube berapi-api ucapan mereka). Bila DAP menolak hudud, kau orang bising satu Malaysia. Memang la DAP tolok hudud sebab parti dia orang bukan parti Islam tetapi Democratic. Tolong buka kamus dan lihat apa maksud Democratic. Democratic dalam Bahasa melayu di panggil Demokrasi bermaksud satu bentuk kerajaan dimana kuasa mengubal undang-undang dan struktur kerajaan ditentukan oleh RAKYAT. Aku tak jumpa pun pengertian DEMOCRATIC bermakna KOMUNIS. Lagi satu nak tanya, pernahkah ustaz-ustaz PAS menerangkan kepada seluruh rakyat Malaysia yang berugama ISLAM tentang HUDUD. Jangan ingat semua rakyat Malaysia berugama Islam memahami hudud. Kalau mereka faham, tak akan ada kes buang bayi dalam sungai, kerat 8 bayi, gantung diri dan dalam internet bersepah video budak melayu beromen. Terangkan pada rakyat Malaysia yang beragama Islam dahulu barulah kita mampu terangkan kepada penganut ajaran lain. Ni orang melayu beragama Islam sendiri pun perangai macam setan kemudian kita nak suruh penganut agama lain mengikut kita.
Terbaru…satu Malaysia bising pasal kes Low Yat. Habis orang melayu Kuala Lumpur keluar nak berlawan dengan cina kononnya orang cina jual handphone tiruan. Dikatanya peniaga cina penipu dan macam-macam lagi. Woi… tolonglah guna pakcik google. Google tengok dalam website kes penipuan jualan handphone dan barang2 online. Kaum mana yang banyak menipu. Kaum kita wooo… kaum Melayu dan beragama Islam. Ada setengah penipu siap dengan profile gambar bertudung dan yang kena tipu pun banyak orang Melayu. Kenapa tak bising??
Aku dah 10 tahun berurusan di Low Yat dan sebilangan pekedai aku kenal. Pernah aku nak beli barang tak cukup duit, tapi tokei tu percaya kat aku dan bagi aku ambil dulu dengan harga yang lebih murah dari pasaran. Sampai sekarang aku yang berniaga kecil-kecilan ni dibagi fasiliti kredit sehingga RM20,000. Tak dak masaalah pun. Mana yang tak pernah pergi ke Low Yat aku minta kau orang turun ke Bukit Bintang (area Low Yat, Time Square dan Imbi Plaza) pada hari Sabtu dan Ahad. Aku tak suruh kau orang pergi shoping barang kat Low Yat sebab kau orang nak boikot lantak kau orang la. Aku nak kau orang pergi cuci mata kat situ. Tengok budak-budak cina dan tengok budak-budak Melayu. Budak-budak Cina berkerja dikawasan itu manakala budak-budak Melayu pula menyemakkan mata dengan pakaian dan gelagat mereka yang kadang2 kita malu mengaku kita melayu.
Kalau ikut hati aku banyak lagi aku nak tulis, tapi lagi aku tulis lagi meluat perasaan aku. Aku tak peduli apa kau orang nak komen tapi hakikatnya inilah kebenaran. Sebelum kita nak salahkan orang lain..lebih baik kita cermin diri sendiri dulu termasuklah aku..
Poh…Palaweih…..
5 ulasan:
Tepat sekali bro...gwa setuju sangat...ni la rupa melayu malaysia...asyik dok dibodohkan jer...sedar la bangsa ku...jgn dok cari duit jer cari lah ilmu bagai mana nak cari duit secara beejamaah macm bangsa cina....cina pun ikut sunah nabi saw....kita ada ikut ke......sedar sedar la...bangsa seagama ku....amin
INI BARU LE BETUL2 PUNYA BELASAH...KAW KAW KAW PUNYA BELANGKONG...KIRI KANAN DEPAN BELAKANG ATAS BAWA LUAR DALAM....NAH NAH NAH....AMBIK KAU....KAU BACA NI HJ HADI,HARUN DIN,MOKHTAR SNAKE,NIK BEDUH....BLAH BLAH BLAH.....AMACAM MAT MASLAM,HASAN MALEK,MAT HASAN PUN BACA JUGA LE....BACA SEMUA JGN TAK BACA...DAH BACA ...KENA FAHAM LE...JGN TAK FAHAMMMMM....LEPAS TU TANYA DIRI SENDIRI.....INGAT DAH MAMPOS NANTI KENA JAWAB....BOLEH JAWAB....HA HA HA
👍😊
Agak setuju dengan pendapat saudara. Cuma tentang PAS yang tidak menerangkan tentang hudud kepada orang di Malaysia. Saya yang kurang pengetahuan agama pun selalu mendapat ilmu tentang hudud di Kelantan sebab banyak ceramah2 agama di setiap surau, masjid di Kelantan dan begitu juga di Kelab PAS yang menerangkan tentang hudud.Cuma bila Tok Guru NIk Aziz dulu nak masuk radio FM nak ucap selamat hari raya puntak dibenarkan oleh pihak radio. Malah jika buka youtube banyak penerangan tentang hudud. Cuma tepuk dada tanya iman.................
Wan Hayati
assalaamualaikum... terbaik saudara! saya bebanyak setuju dengan keseluruhan penerangan saudara, tapi apakan daya kita hanya orang kerdil yang mampu mengubah dunia kecil kita sendiri.... isk!isk!isk!
Catat Ulasan