"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Benarkah ia agenda SPRM dan Khir Toyo untuk menamatkan karier politik Menteri Besar Selangor, Tan Sri KHalid Ibrahim?



PANAS memang panas. Cerita ini bukan baru, sudah lama dimainkan tetapi tidak tahu sejauh mana ia mampu menggugat Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim. Apapun analisa Agendadaily dikutip bagi meninjau sejauh makah kebenaran dakwaan Khir Toyo tentang adanya bukti sah untuk menyeret Khalid melalui SPRM yang "ditunggang" Umno hari ini.

Agendadaily melaporkan, SPRM akan mendakwa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim setelah mendapati ada bukti kukuh untuk membawanya ke muka pengadilan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan ketika memaklumkan perkara itu berkata, Khalid akan didakwa berhubung dengan salah guna kuasa yang membabitkan penyelenggaan kereta peribadinya dan pembelian lembu korban. Menurut beliau, kertas siasatan mengenai perkara berkenaan telah pun siap untuk diserahkan kepada Peguam Negara untuk tindakan lanjut dalam waktu yang terdekat.

Beliau berkata demikian kepada para pemberita di Pulau Pinang, hari Jumaat. Isu penyalahgunaan kuasa yang membabitkan Abdul Khalid dilaporkan kepada SPRM oleh Gerakan Anti Korupsi Malaysia (GERAK) sejak Januari lalu.

Pada 21 Januari lalu, GERAK membuat laporan kepada SPRM terhadap Abdul Khalid atas dakwaan menyalahgunakan dana syarikat kerajaan negeri untuk membeli 46 ekor lembu dengan harga RM110,400 untuk ibadah korban sempena Aidiladha pada Disember 2008. Haiwan itu kemudiannya diagihkan ke kawasan Parlimen Bandar Tun Razak yang diwakilinya.

Manakala isu penyelenggaraan kereta mewah peribadi Abdul Khalid pula dilaporkan oleh GERAK pada pada 3 Februari apabila menyerahkan enam keping dokumen kepada SPRM termasuk invois dan resit penyelenggaraan kereta jenis Lexus nombor pendaftaran WQR779 milik Abdul Khalid.

Dalam kemelut isu kereta MB pula, Agendadaily melaporkan, sekurang-kurangnya lima pegawai dan kakitangan pejabat Menteri Besar Selangor dipanggil dan disiasat Suruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Selasa dipercayai bagi membantu siasatan dakwaan salahguna kuasa dan wang awam bagi kepentingan peribadi membabitkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim Difahamkan, antara dipanggil SPRM adalah Ketua Setiausaha Sulit kepada Khalid, pegawai tugas khas, pemandu serta kerani di pejabat Menteri Besar itu.

Sumber berkata, mereka mungkin memberi keterangan selepas Gerakan Anti Korupsi Malaysia (GERAK) membuat aduan kepada SPRM bagi menyiasat menyiasat berkaitan amalan Menteri Besar menggunakan wang awam untuk membiayai kos penyelenggaraan dan pembelian aksesori serta alat ganti kereta milik peribadinya.

GERAK pada 3 Februari lalu menyerahkan enam keping dokumen kepada SPRM termasuk invois dan resit penyelenggaraan kereta jenis Lexus nombor pendaftaran WQR779 milik Abdul Khalid. Ketika membuat laporan itu, Pengerusi GERAK Mohd Nazree Mohd Yunos mendakwa bahan bukti yang diterima menunjukkan kerajaan negeri telah membelanjakan sejumlah RM7,797 bagi membiayai kos penyelenggaraan kereta Abdul Khalid itu secara berkala, alat ganti termasuk tayar berjenama Michelin dan pemasangan cermin gelap.

Kerajaan Selangor pada awal Januari lalu membeli 15 kereta Toyota Camry 2.4 bernilai lebih RM2.3 juta sebagai kenderaan rasmi menggantikan Proton Perdana Eksekutif.

Difahamkan, sejak dilantik Menteri Besar, Abdul Khalid tidak menggunakan kenderaan rasmi yang disediakan termasuk Toyota Camry yang baru. Beliau menggunakan kenderaan Toyota Lexus miliknya sendiri manakala sebuah kereta rasmi kerajaan negeri hanya sebagai kereta pengiring yang membawa anggota polis pengiring peribadi.                                                                                                                                                                                                                                                                               
http://sanggahtoksago.blogspot.com/

Tiada ulasan: