PRESIDEN MCA, Datuk Seri Ong Tee Kiat menafikan kemunculan semula DVD seks Timbalannya, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek ada kaitan dengan desas-desus yang mengatakan ada usaha untuk mengadakan sidang khas parti itu, untuk mengemukakan undi tidak percaya terhadap dirinya. Demikian lapor Malaysiakini hari ini.
Sebaliknya, beliau yang juga menteri pengangkutan menyifatkannya sebagai hanya spekulasi media semata-mata."Saya tidak mempunyai masa yang banyak untuk menjawab soalan-soalan berbentuk spekulais ini."Mereka cuba hanya mahu membangkitkan dan kemarahan orang. Kita tidak akan terganggu," kata ketika ditemui pemberita di Parlimen hari ini.
Ditanya mengenai dakwaan bahawa kemunculan semula DVD seks Chua dan siasatan terhadap timbalan presiden MCA itu berunsur politik, Ong berkata:"Jangan cuba mengaitkannya dengan perkara-perkara lain. Sekiranya anda tidak bersalah, maka anda tidak bersalah.
"Apakah perlu hendak berdebat lagi, adalah anda hendak menyalahkan seluruh dunia?"Polis menyiasatSemalam, polis mengesahkan bahawa timbalan presiden MCA itu kini sedang disiasat berhubung dakwaan melakukan seks oral dalam DVD seks tersebut. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Hasnan Hassan berkata, polis sedang menyiasat DVD seks tersebut mengikut seksyen 377(A) Kanun Keseksaan.
Seksyen 377 (A) menyebut "mana-mana orang yang melakukan perhubungan seks dengan seseorang lain dengan memasukkan zakarnya ke dalam dubur atau mulut seseorang lain itu dikatakan melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabie."Jika sabit kesalahan, hukuman bagi kesalahan tersebut ialah penjara sehingga 20 tahun, serta sebat.
Hasnan berkata, polis juga akan mengambil tindakan terhadap mereka yang mengedar DVD seks itu, mengikut seksyen 292 Kanun Keseksaan yang merangkumi pengedaran bahan lucah.Mereka yang disabitkan kesalahan tersebut boleh dihukum penjara sehingga lima tahun dan/atau didenda.
Jawatankuasa disiplinBerhubung siasatan tersebut, Chua telah dipanggil memberi keterangan di ibu pejabat polis Petaling Jaya pada jam 10.30 semalam.Berikutan, Dr Chua menyifatkan perbuatan mengedar semula DVD seksnya sebagai satu usaha untuk 'menutup mulutnya".
Sementara itu, Ong juga ditanya sama ada jawatankuasa parti itu akan menyiasatkan dakwaan terhadap Chua."Jawatankuasa disiplin adalah sebuah badan bebas dan keputusan (untuk menyiasat) bergantung kepada jawatankuasa itu sendiri," tegasnya.
Ditanya sama ada, DVD seks itu akan mencemar imej parti, Ong menjawab: "Sama ada ada ia akan mencalar imej MCA, patut ditanya kepada orang yang melakukan perkara tersebut. Perkara ini berlaku pada tahun lepas, patutnya tanya kepada beliau. "Ditanya pendiriannya berhubung isu tersebut, Ong berkata: "Adakah awak berpendapat bahawa kami perlu menyokong perkara yang melanggar undang-undang? Kalau begitu sila beritahu kami..." http://sanggahtoksago.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan