Berikut ialah Laporan Kosmo online diperbetulkan yang dibuat oleh MOHD. TURMADZI MADUN dan JUNHAIRI ALYASA mengenai bantahan PPSMI ke Istana Negara 7 Mac 2008.
KUALA LUMPUR – Warga emas, kanak-kanak dan pelajar antara golongan yang ‘diperalatkan’ menyertai perarakan bantahan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) di sini semalam. –
Ia ditulis begini - Warga emas, kanak-kanak dan pelajar antara golongan yang menyertai bantahan PPSMI di sini semalam untuk menunjukkan bantahan tersebut adalah dalam bentuk aman sehinggakan warga emas, kanak-kanak dan pelajar boleh menyertai, kecuali apabila di kacau oleh Polis UMNO DiRaja Malaysia.
Golongan itu antara ribuan orang ramai yang berarak dari Masjid Negara ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum bantahan PPSMI.
Tinjauan Kosmo! Ahad mendapati peserta yang terlibat diminta memakai baju T putih bertulis ‘Mansuhkan PPSMI’ dan ada antara warga emas yang terpaksa bersusah payah memanjat pembahagi jalan di tengah panas terik.
Ia ditulis begini ... dan ada antara warga emas yang terpaksa bersusah payah memanjat pembahagi jalan di tengah panas terik itu kerana kerajaan yang berfikiran UMNO tidak pernah memikirkan kemudahan untuk warga tua berjalan terutama di ibu kota. Tidak seperti di kebanyakan ibu kota negara lain terutama di negara-negara maju yang menggunakan bahasa ibundanya sebagai bahasa utama mengajar ilmu matematik dan sains.
Ramai juga yang memakai kopiah.
Ia sepatutnya begini ... Ramai juga yang memakai kopiah tetapi salah seorang pejuang bahasa melayu ulung selaku antara ketua perarakan iaitu Sastrawan Negara A.Samad Said memaki songkok hitam tinggi sepertimana songkok yang dijadikan simbol UMNO.
Terdapat juga golongan ibu bapa yang mendukung dan membawa anak-anak kecil untuk sama-sama berarak walaupun mereka telah diberi amaran jangan hadir oleh polis beberapa hari sebelum perarakan bermula.
Ia sepatutnya begini ...Anak-anak yang dibawa itu dapat menyaksikan sendiri betapa ibu bapa mereka adalah pejuang tulen bangsa Melayu, tidak sepertimana UMNO yang sudah senang lenang hingga lupa perjuangan untuk bahasanya sendiri kerana perut sudah kenyang dengan wang berjuta dengan kehidupan mewah yang diraih melalui sentimental orang melayu terhadap UMNO.
Lebih 5,000 penyokong gerakan itu berkumpul di pekarangan Masjid Negara kira-kira pukul 1 tengah hari sebelum berarak ke arah Istana Negara melalui Jalan Kinabalu dan Lebuh Raya Mahameru selepas solat Zuhur.
Ia sepatutnya begini ...Lebih 50,000 penyokong yang sayangkan bahasa ibundanya itu ...................berdasarkan video dalam you tube jumlah yang hadir mungkin mencecah 100,000 orang tetapi jumlah 5,000 itu sebenarnya dibuat oleh orang yang belajar matematik dan sains dalam bahasa inggeris saja.
Gerakan membantah PPSMI itu turut dihadiri oleh tokoh seperti Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said dan bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Datuk Hassan Ahmad.
Kamu ni begini ... Apalah bodoh sangat, tokoh tersebut bukan turut di hadiri, tetapi sebagai ketua Gerakan membantah PPSMI itu. Adakah kamu berdua ini masih hendak kaitkan isu PPSMI ini dengan PAS?. Unit amal PAS mengiringi dua tokoh tersebut untuk memastikan pukulan polis dan SB UMNO jauh dari mereka. A.Samad Said menyebut beliau sedia berada di platform UMNO untuk berjuang menegakkan bahasa Melayu. Adakah UMNO sedia menyediakan platform itu?. Bahkan UMNOlah perosak bahasa dan bangsa Melayu. Laporan kamu berdua sebenarya menyebabkan orang lebih benci terhadap UMNO.
Muramatsu
United Kingdom
08.03.2009
Tiada ulasan:
Catat Ulasan