"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pendapatan bulanan MB Selangor RM47,222

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memperoleh pendapatan bulanan sebanyak RM47,222 termasuk imbuhan tetap atau elaun, seperti yang tertera di laman web kerajaan negeri hari ini.

Semalam pengisytiharan harta dan aset beliau tidak dapat diakses sedangkan senarai harta dan aset Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) negeri telah pun disiarkan.

Ketika ditemui pemberita pagi tadi, Abdul Khalid memberi jaminan bahawa pengisytiharan harta dan asetnya boleh diakses melalui laman web kerajaan negeri selewat-lewatnya Selasa depan.

Namun, tinjauan ke laman web itu petang ini mendapati maklumat berhubung harta dan aset Menteri Besar itu telah pun dipaparkan.

Berdasarkan borang pengisytiharan yang dimuat turun dari laman web itu, pendapatan bulanan Abdul Khalid berjumlah RM11,715 dan semua imbuhan tetap atau elaun beliau berjumlah RM35,507.

Bagaimanapun, maklumat seperti pinjaman perumahan dan kenderaan hanya diisi dengan perkataan "TIADA".

Berdasarkan borang perisytiharan syarikat/perniagaan persendirian Abdul Khalid, ia memaparkan nama syarikat Sekun Asset Management Group (Malaysia) Sdn Bhd, beralamat di Level 18, The Gardens, North Tower, Mid Valley City, Lingkaran Syed Putra, Kuala Lumpur dan jenis perniagaan berkaitan pelaburan.

Bagaimanapun, pulangan perniagaan tahunan syarikat itu diisi sebagai "tidak beroperasi" dan punca kewangan syarikat/perniagaan diisi sebagai "sendiri".

Maklumat pengisytiharan aset membabitkan hartanah, saham, wang yang diperoleh sejak mengangkat sumpah sebagai Exco itu disiarkan menerusi laman web rasmi kerajaan negeri di alamat www.selangor.gov.my bermula lewat petang semalam.

Teresa Kok adalah antara Exco yang mempunyai pendapatan paling tinggi di kalangan sembilan Exco lain dengan jumlah pendapatan RM32,830.67 sebulan di samping mempunyai dua pinjaman perumahan berjumlah RM320,000.

Semasa merasmikan Persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor barubaru ini, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mahu Menteri Besar dan semua anggota Exco kerajaan negeri mengisytiharkan harta masing-masing.                  - BERNAMA-


Tiada ulasan: