"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

25 NGO mohon bubarkan DUN

IPOH – Sebanyak 25 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Perak sepakat menghantar Referandum Kembalikan Hak Rakyat kepada Sultan Perak, Sultan Azlan Shah bagi memohon perkenan baginda membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Timbalan Pengerusi Jaringan Per-muafakatan Pertubuhan Islam Negeri, Zulkifly Ibrahim berkata, referendum itu untuk menzahirkan kekecewaan rakyat terhadap keputusan Sultan Azlan Shah yang dianggap tidak telus dalam pelantikan kerajaan baru.

“Rakyat bukan bermaksud untuk melawan atau menderhaka kepada Sultan Azlan Shah, tetapi mereka (rakyat) hanya mahukan hak sebagai untuk menentukan pemimpin yang diyakini boleh membela nasib rakyat.

“Pengambilalihan kerajaan oleh Ba-risan Nasional (BN) daripada Pakatan Rakyat (PR) adalah satu pelanggaran perlembagaan yang dianggap sebagai kemuncak penderhakaan serta pengkhianatan rakyat,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Zulkifli berkata, Sultan Perak perlu menimbangkan lima usul iaitu mendapatkan mandat baru dari rakyat supaya DUN dibubarkan dengan mengadakan pilihan raya umum negeri.

Katanya, rmereka juga mahu pelantikan Menteri Besar, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri digantung sehingga DUN bersidang untuk menentukan usul undi tidak percaya kepada Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin diluluskan selaras peruntukan Perkara 16 (6) Undang-undang Tubuh Perlembagaan Negeri.

“Kita memohon supaya pihak keselamatan berlaku adil dan menjalankan tugas secara profesional demi mengelakkan rakyat diperlakukan secara kasar serta tidak berperikemanusiaan. “Seterusnya, 25 NGO ini menyeru perintah Paduka Seri Sultan agar semua media perdana menghentikan penyebaran fitnah dan menghasut kerajaan sedia ada yang boleh membangkitkan perasaan perkauman serta boleh mengancam keamanan awam,” katanya.

Setiausaha Kumpulan Prihatin Negeri, Mohd Nazri Sahat berkata, bermula 19 Februari lalu rakyat telah dipertontonkan dengan pelbagai adegan dan proses rampasan kuasa yang menyayat hati.

“Penyelesaian terbaik dicadangkan, ialah pembubaran DUN dan menyerahkan kembali hak menentukan kerajaan di tangan rakyat melalui pilihan raya,” katanya.                                                                                 
http://alhusseyn51.blogspot.com/

Tiada ulasan: