"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Shabery Cheek hanya bernasib baik?

LANGKAH TV1 menyiaran secara langsung ucapan kempen Mahathir Mohamad dari Bukit Gantang Perak pada 6 April lalu kurang disenangi oleh para pemimpin Umno, khususnya mereka yang bertanggungjawab untuk merampas kerusi Bukit Gantang. Perdana Menteri juga dikatakan tidak begitu senang dan tidak percaya ucapan secara langsung itu membantu memulihkan semangat Umno.

Tetapi kerana ia langkah diputuskan oleh RTM, dan telah pun disiarkan tanpa dirujuk kepada mana-mana pihak lebih atasan, siaran langsung itu terpaksa ditelan juga. Penoton dihadapkan juga dengan ucapan Mahathir yang entah-entah di Bukit Gantang itu dan dikatakan menjadi faktor menambahkan kekalahan UBN dalam pilihan raya itu.

Penyiaran ucapan Mahathir itu juga dianggap satu kesalahan besar menterinya, Ahmad Shabery Cheek. Katanya kesilapan itu dijadikan alasan besar untuk menyingkirkan Shabery bukan saja dari kementerian itu tetapi dari Kabinet baru itu juga.

Tentunya cadangan untuk singkir Shabery itu bukan saja kerana itu melainkan menteri itu gagal mereformkan RTM seperti mana dijanjikan. Bahkan RTM masih lagi ditakuk lama meneruskan kerja-kerja yang dimainkan menterinya sebelum ini, menjadi perkakasa kelas kaki lima kepada UBN.

Bagaimana pun Shebery bernasib baik. Dia masih lagi dikekalkan dalam Kabinet apabila orang yang dicadangkan untuk di bawa masuk ke Kabinet bagi memenuhi kuota dari Terengganu ditolak oleh Yang di-Pertuan Agung.

Nama yang dibawa oleh Najib untuk menjadi menteri dari Terengganu ialah bekas MB, Idris Jusoh. Nama Idris Jusoh sudah pun disenaraikan sebagai seorang senator. Malangnya nama Idris ini katanya tidak direstui oleh yang di-Pertuan Agong. Kemalangan Idris itu memberi nasib baik kepada Shabery, selepas nama-nama lain yang diselidiki dan direnung Najib tidak membawa tuah kepadanya.

Jadi kemasukan Shabery dalam Kabinet Najib dengan memegang porfolio Belia dan Sukan itu boleh dianggap sebagai satu yang bernasib baik saja. Sekiranya Idris Jusoh diterima sudah tentu Shabery kini hanya ahli Parlimen biasa yang mungkin aktif di meja BBC untuk mengkritik Pas dan menghentam PKR.

Makanya Shabery hendaklah berterima kasih atas apa yang berlaku dan perlu berkerja dengan baik. Ingatlah prestasi anda sedang diteliti bukan saja oleh Najib tetapi mereka di Terengganu juga. Semoga Shabery selepas ini sekali lagi akan bercakap untuki mereform Belia dan Sukan pula.

http://zulmamakpng.blogspot.com/

Tiada ulasan: