Ketua Pemuda Umno yang baru, Khairy Jamaluddin berkata pihaknya kini menyedari bahawa program-program yang dianjurkan oleh pergerakan itu sebelum ini adalah ‘program syok sendiri'. "Kita buat program untuk orang yang sama, orang yang sudah totok sokong Umno dan BN," katanya ketika melancarkan program exco turun padang di Rawang malam tadi. Sehubungan itu, katanya, fokus utama pergerakan itu untuk memperkuatkan parti ialah dengan mendekati golongan muda dan yang tidak berparti. Menurutnya, beliau akan melantik ketua Pemuda Umno negeri tidak berapa lama lagi. "Minggu depan saya akan melantik setiausaha, bendahari dan ketua penerangan Pemuda Umno sebelum pelantikan ketua Pemuda negeri dibuat," katanya. Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Khairy yang juga ahli Parlimen Jerlun berkata pelantikan naibnya, Datuk Razali Ibrahim dan Datuk Mukhriz Mahathir dalam kabinet sebagai satu pengiktirafan kepada Pemuda Umno. Mukriz yang mencabarnya bagi jawatan ketua Pemuda, dilantik sebagai timbalan menteri perdagangan antarangbangsa dan industri, manakala Razali dilantik sebagai timbalan menteri belia dan sukan. Program pertama Ditanya mengenai dirinya yang tidak dilantik dalam kabinet, Khairy berkata: "Kalau semua pemimpin berada dalam kerajaan, siapa yang hendak jaga parti. "Saya meminta ahli Pemuda menerimanya dan jangan membuat spekulasi dan cerita yang bukan-bukan,"katanya. Khairy juga mengulangi bahawa beliau tidak dipilih menganggotai kabinet kerana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memerlukan beliau memimpin pergerakan Pemuda sepenuh masa. Katanya, ini pendekatan yang baik kerana bukan semua pemimpin perlu berada dalam kerajaan. Khairy sekali lagi menegaskan bahawa beliau tidak kecewa kerana tidak dipilih dalam kabinet Najib walaupun memenangi jawatan ketua Pemuda Umno. Difahamkan program anjuran Pemuda Umno bahagian Selayang itu merupakan yang pertama selepas Khairy memenangi jawatan ketua Pemuda Umno akhir bulan lalu. -malaysiakini- |
"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
Khairy akui Pemuda Umno 'syok sendiri'
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan