Pemimpin Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kegagalan Umno untuk merampas kerusi Parlimen Bukit Gantang dalam pilihanraya kecil semalam, menunjukkan bahawa rakyat menolak kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. "Pilihanraya kecil itu merupakan satu referendum terhadap beliau. Keseluruhan kempen mereka meminta rakyat memberi peluang kepada kepimpinan baru. "Mereka berkata, Umno telah membuat kesilapan pada masa lalu dan ia kini harus diberi peluang di bawah kepimpinan Najib. "Dan mereka membawa balik (Tun) Dr Mahathir... itulah masalahnya," kata Anwar adalah sidang akhbar di ibupejabat PKR pagi ini. Ketua Pembangkang itu berkata, dalam kempen mereka, Umno/BN telah mengutarakan konsep perpaduan Najib - Satu Malaysia - di samping isu Ketuanan Melayu. Bagaimanapun, tegasnya, semua kempen tersebut tidak berhasil. Oleh itu, tegasnya, Najib mesti bersedia menerima hakikat bahawa gesaannya untuk perubahan dan pembaharuan, telah gagal. "Beliau mesti mengambil inisiatif untuk melakukan pembaharuan," tambahnya. Beliau juga menolak tanggapan bahawa Najib akan mengadakan pilihanraya umum pada bila-bila masa. "Umno tidak akan menimbangnya langsung. Jika mereka buat, Insya-Allah, kita akan tubuh kerajaan yang akan datang," katanya. Tidak seperti Umno, tegas Anwar, PKR dan Pakatan tidak memainkan isu perkauman untuk menang pilihanraya. -malaysiakini- |
"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
Anwar: Rakyat tolak PM baru
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan