"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kabinet Najib esok penuh kejutan

Barisan kabinet baru yang dijangka diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak esok, dipercayai penuh dengan kejutan dengan membariskan ramai muka baru.

Malaysiakini difahamkan bahawa anggota kabinet kali ini terdiri daripada barisan pemimpin yang mendapat sokongan akar umbi dan mereka yang menganggotai Majlis Tertinggi Umno yang baru.

Esok juga, Najib dijangka mengumumkan pelantikan Tan Sri Muhyiddn Yassin sebagai timbalan perdana menteri.

Di samping itu, Muhyiddin juga dijangka dilantik menerajui kementerian dalam negeri.

Selain membariskan ramai muka baru, kabinet esok juga dijangka menyaksikan penggabungan beberapa kementerian.

Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang memenangi jawatan naib presiden Umno, akan kekal menerajui kementerian pelajaran yang dijangka digabungkan dengan kementerian pengajian tinggi.

Nama-nama lain yang disebut-sebut akan membarisi kabinet baru termasuklah ahli parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir yang dijangka menerajui kementerian belia dan sukan.

Menteri penerangan baru

Manakala penyandangnya, Datuk Ismail Sabri Yaakob - yang turut menang kerusi Majlis Tertinggi Umno - dijangka dipindahkan ke kementerian pelancongan.

Seorang lagi muka ialah Senator Datuk Azian Osman yang dijangka dilantik sebagai menteri di jabatan perdana menteri (JPM).

Beliau yang juga pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menduduki tempat keempat dalam senarai pemenang kerusi MT Umno.

Naib ketua Pemuda Umno yang baru - Datuk Razali Ibrahim - juga dijangka dilantik menerajui kementerian kemajuan luar bandar dan wilayah.

Manakala seorang lagi muka baru ialah ahli Parlimen Pontian, Ahmad Maslan yang dijangka dilantik menerajui kementerian penerangan.

Manakala Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi - yang kini menteri di jabatan perdana menteri - dijangka dilantik menggantikan Muhyiddin di kementerian perdagangan antarabangsa dan industri (MITI).

Chor Ha menteri perumahan?


Ahmad memenangi jawatan naib presiden dengan undi tertinggi. Sseorang lagi naib presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal dijangka dilantik sebagai menteri pertahanan.

Manakala menteri pertahanan dijangka diisi oleh seorang lagi muka baru - Datuk Zainal Abidin Osman.

Beliau yang menduduki tempat kelima kerusi MT juga merupakan bendahari Umno Pulau Pinang.

Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman pula dijangka dilantik sebagai menteri dengan tugas-tugas khas di JPM.

Manakala Naib Presiden MCA yang baru - Kong Chor Ha - dijangka dilantik sebagai menteri perumahan dan kerajaan tempatan.

Malaysiakini difahamkan, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang juga ahli Parlimen Rembau tidak terpilih menganggotai kabinet baru Najib.

-Malaysiakini -


Tiada ulasan: