"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pilihan Raya Kecil Rayuan Kepada Pengundi: Jangan Undi APCO

ramziredang
Tidak ada satu tempatpun di dunia ini, yang rakyatnya mati setiap hari di tembak peluru hidup ketika berada di tepi jalan melainkan rakyat palestin. Tidak ada satu kaumpun di dunia ini yang sanggup menembak budak umur
5 tahun semata mata untuk menguji ketepatan tembakan melainkan kaum Israel. Tidak ada satu partipun di dunia ini yang mengaku membela Islam tetapi sanggup membuka pintu untuk yahudi dan Israel melainkan UMNO. Tidak ada satu undipun yang sia sia melainkan ianya adalah satu perjuangan.

Undi adalah hak kamu. Undi adalah maruah kamu. Kamu bisa sahaja memilih apa sahaja bila mengundi tetapi sedarlah ianya tidak sia sia. Ia bukan semata mata satu kemenangan atau satu kekalahan. Tetapi ianya adalah satu manifestasi kepada menuntut pembelaan.

Jika seperti berada di medan perang, undi adalah pedang yang akan membunuh kebatilan. Jangan sekali kali jadikan undi sebagai pedang untuk menikam kebenaran.

Jika berada di helaian kertas penulisan, undi adalah pena yang mencalitkan catatan sejarah perjuangan. Catatlah sebuah catatan indah untuk dikenang, jangan catatkan sejarah hitam membenamkan keadilan.

Bangkitlah, dongakkan kepala kita, jangan biarkan kita ditipu lagi oleh mereka. Lihatlah kini mereka datang merayu kepada kita. Mereka kini merendah diri dan ingin duduk bersimpuh bersama sama kita. Sedang mereka selama ini tidak pernah mengenal derita kita. Mereka tidak pernah mendengar esak tangis anak anak kita. Mereka tidak pernah menilai titisan keringat kita, mencari sesuap nasi untuk mengisi perut anak anak kita. Kini mereka datang menggalas segunung intan. Mereka datang dengan emas. Mereka ingin membina istana intan untuk kita. Mereka menabur janji pada hari ini kerana mereka dengan rasa insaf menyedari, kuasa ada di tangan kita.

Bukankah mereka dari golongan yang sama sejak dari lepas merdeka? Bukankah mak bapak mereka dulu sudah berjanji kepada mak bapak kita? Kini mereka masih lagi berjanji. Menyambung janji ayah ayah mereka yang tidak pernah ditunaikan. Kita masih lagi dicengkam derita. Mereka masih berperangai sama. Rasuah, kronisme, nepotisme, ISA, SPR, ikan bilis, perkauman, dadah,arak, zina, buang anak, judi,bukankah itu lagu yang sama dinyanyikan oleh bapak bapak mereka?

Mereka terlalu jahil untuk menilai yang mana musuh yang mana kawan. Mereka membuka pintu untuk APCO. Padahal sebenarnya mereka telah mengadaikan maruah negara. Mereka telah melukakan hati umat Islam dengan berkawan dengan musuh Islam. Jika sekiranya tiada yang sanggup mendedahkan, tiada pula dari kalangan mereka yang akan menghentikan. Bagi mereka kita bisa sahaja ditipu. Selamanya, dari dulu kini dan selamanya mereka menganggap kita mudah diperdaya.

Nah, kini tanyalah diri anda. Untuk apa undi kita. Untuk siapa undi kita. Atas dasar apa undi kita. Jangan jadikan satu undi kita, salah satu rantaian kepada golongan yang membuka pintu kepada musuh dunia. Kelak anda sendiri akan bertanggungjawab terhadap kejahatan kejahatan mereka.

Zahirkan kepada mereka, kita tidak akan sekali kali rela bersekongkol dengan mereka.

Tiada ulasan: