"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Dakwaan fitnah: YBK saman MB, exco

Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) hari ini memfailkan saman bagi menuntut gantirugi daripada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan exco kerajaan negeri Yaakob Sapari kerana didakwa memfitnah yayasan itu dalam sidang media Februari lalu.

ybk pc 050210 zainal sakomSelain YBK, anak syarikatnya Permodalan YBK Sdn Bhd dan pengerusi YBK Datuk Zainal Abidin Sakom (kanan, tengah) bertindak selaku plaintif kedua dan ketiga.

Saman itu difailkan oleh peguam Hasnal Rezua Merican di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di Shah Alam.

Dalam pernyataan tuntutannya, plaintif mendakwa Abdul Khalid pada 24 Februari lalu telah membuat satu kenyataan media pada sidang akhbar bertajuk bertajuk ''Maklumat Terbaharu Mengenai YBK'' dan semua kenyataan itu telah dilaporkan oleh akhbar ''Suara Keadilan'' sehingga 9 Mac lalu di bawah tajuk "Zainal Sakom Gadai Tanah YBK".

Plain
NONEtif berkata Yaakob kemudiannya telah membuat kenyataan menyifatkan tindakan Zainal Abidin menggadai tanah milik kerajaan negeri kepada bank untuk tujuan memenuhi keinginan peribadi beliau bersama teman seangkatannya sebagai perbuatan khianat dan kenyataan itu juga dicetak dan diterbitkan di dalam surat khabar yang sama di bawah tajuk "Zainal Sakom Gadai Tanah YBK".

Seterusnya plaintif mendakwa, pada 5 April lalu, laman web http://tvselangor.com telah menerbitkan satu artikel bertajuk "Kemelut YBK: MB Marah Orang Melayu Tipu Melayu" yang melaporkan kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh Abdul Khalid.

Plaintif berkata semua dakwaan yang dibuat adalah tidak berasas, tidak benar dan adalah satu fitnah yang teruk serta merosakkan reputasi dan nama baik plaintif di kalangan masyarakat umum.

Sehubung
NONEan itu, plaintif menuntut gantirugi am, gantirugi teladan, ganti rugi teruk, faedah lapan peratus, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Plaintif juga memohon satu perintah injunksi menghalang defendan daripada terus menerbitkan perkataan fitnah terhadapnya.

Saman itu adalah tindakan mahkamah yang ketiga oleh YBK terhadap kerajaan Selangor.
Pada 25 Feb lalu, YBK mengemukakan rayuan ke Mahkamah Tinggi di Shah Alam untuk membatalkan keputusan Pentadbir Tanah Daerah Hulu Selangor merampas dan menolak bayaran cukai beberapa bidang tanah milik YBK.

Seterusnya pada 25 Mac lalu, YBK memfailkan saman terhadap kerajaan Selangor, Pentadbir Tanah Daerah Hulu Selangor dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor bagi menuntut ganti rugi RM73.8 juta kerana didakwa menyalahguna kuasa berhubung isu pembinaan kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Serendah.

-Bernama-

Tiada ulasan: