"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Hulu Selangor: Satu undi untuk BN bererti satu peluru untuk rakyat Palestin

DPP Sepanggar

Malaysia sebuah negara yang berdaulat seharusnya mengambil pendirian yang tegas terhadap sebarang campurtangan pihak luar di dalam urusan negara. Apatahlagi campurtangan tersebut melibatkan negara yang memusuhi umat Islam.

Namun amat malang apabila Malaysia dibawah kepimpinan UMNO/BN telah mengkianati amanah ini. Ini terbukti dengan perjanjian kerajaan Malaysia dengan salah sebuah syarikat proksi Yahudi/Zionis iaitu APCO Worldwide Sdn Bhd. Seterusnya menunjukkan bahawa kepimpinan negara sekarang telah menyeleweng dan mengkianati kepercayaan umat Islam di Malaysia khususnya.

Sehubungan dengan itu Dewan Pemuda PAS kawasan Sepanggar memberi amaran terhadap tindakan kerajaan UMNO/BN yang mengadakan perjanjian dengan syarikat APCO. Malah DPP Sepanggar menganggap perbelanjaan dana negara sebanyak RM77 juta setahun untuk perkhidmatan APCO merupakan pembaziran besar wang rakyat.

DPP Sepanggar juga akan menggerakan jentera penerangan di setiap cawangan bagi menjelaskan kepada masyarakat setempat bahawa apa yang dilakukan oleh kerajaan sekarang merupakan tindakan yang tidak mengambil peduli sensitiviti umat Islam serta mengancam keselamatan negara.

Seterusnya DPP Sepanggar juga ingin mengingatkan kepada semua pengundi yang bakal mengundi pada pilihanraya kecil yang akan berlangsung di Hulu Selangor pada 25 April nanti, agar menilai hubungan UMNO-APCO selama ini, yang bakal menjerumuskan Malaysia bersekongkol dengan regim Zionis. Oleh itu jadikan pilihanraya kecil Hulu Selangor sebagai undi protes hubungan UMNO-APCO.

Ingat: "Satu undi untuk BN bererti satu peluru untuk rakyat Palestin"
http://passepanggar.blogspot.com/

Tiada ulasan: