"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bakar isteri: Mahkamah kekal hukuman mati

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman mati terhadap seorang penjual ais kerana membunuh isterinya dengan menyimbah minyak tanah dan membakar mangsa, tujuh tahun lepas.

Panel tiga hakim terdiri daripada Datin Paduka Zaleha Zahari, Datuk Clement Allan Skinner dan Datuk Linton Albert menolak rayuan P. Balan Subramaniam terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh yang menjatuhkan hukuman mati terhadapnya selepas didapati bersalah membunuh R. Angeladevi, 48.

Mahkamah juga membenarkan rayuan balas pihak pendakwaan untuk membatalkan keputusan mahkamah yang sama yang melepas dan membebaskan tertuduh, terhadap dua tuduhan lain tanpa memanggilnya membela diri.

Dua tuduhan lain yang dihadapi Balan Subramaniam ialah tuduhan membunuh anak perempuannya, Anuradha, 20, penuntut kolej dan cubaan membunuh seorang lagi anak perempuannya, Malini, pembantu hospital, yang ketika kejadian berusia 23 tahun (sekarang 30 tahun) iaitu telah menyimbah minyak tanah dan membakar mereka. 
-Bernama-

Tiada ulasan: