wan_malaysia
Kalau Amerika hantar drone ke Iran... kita tahu, pesawat pengintip tu takder pemandu... dan kita tahu jugak siapa yang menghantar drone tu... tapi dalam kemelut politik sekarang, ada peluru baru yang dihantar untuk melemahkan PAS... malangnya, kita tak tahu siapa sebenarnya yang menghantar peluru tu... tapi elok kita jugak kita lihat setakat mana kekuatan peluru tu...
Berhadapan balai 'pahlawan' BB Bangi (mana pulak diorang ni dapat nama dataran pahlawan aku pun tak tahu?... yang sering penuh dengan sampah yang disepahkan budak-budak sekolah lepas beli makanan) semalam, ada perhimpunan untuk hero baru TV3.... Aku pun tumpang sekaki nak dengar apa hujjah dia yang marah sangat kat PAS ni...
mula-mula ada Abdullah Zaid ?, kemudian Hassan Basri? (aku tak ingat nama sebenar orang yang mengaku ustaz ni, tapi cakap dok mengutuk tak tunjuk macam peribadi ustaz)... buat ucapan, yang pada umumnya berkisar pada isu IMR (Islam, Melayu dan Raja... tak lama lagi Institute of Medical Research kena cari nama baru)... aku boleh terima poin diorang, tapi bukan keperibadian yang ditonjolkan... seolah-olah nak menunjukkan dia tu hebat sangat memperjuangkan Islam...
lepas diorang tu berucap, pengerusi pun minta petugas buka beg untuk mendapatkan sumbangan hadirin... (macam stail PAS pulak...bagus tu sekurang-kurangnya, ajar pengikut-pengikut berubah dari jadi peminta sumbangan, kepada pemberi sumbangan...jangan jadi macam pengikut satu parti tu, tak dapat habuan kalau tak kerja...)
kemudian tibalah hero baru TV3 naik ke pentas untuk berucap... yerlah pakar motivasi mesti pandai berpidato... tapi aku tak berapa fokus sangat cara dia berpidato... aku cuma minat nak dengar apa 'subsatances' dalam pidato dia... ternyata beliau menyambung dan menambah atas isu yang sama iaitu IMR... bagus... macam pendirian aku jugak, IMR itu penting untuk survival ummat Melayu, dan aku tak pernah menganggap ia sebagai assobiyah seperti rakan-rakan PAS aku yang lain...
pokoknya, dari segi isu IMR yang dibawa, tiada percanggahan dengan pemikiran aku... cuma... ya cumanya... isu sampingan yang disertakan mempunyai motif yang merupakan peluru untuk melemahkan PAS... ini yang nak aku pertikaikan...
Soalan 1 aku untuk hero baru TV3 tu; apakah PAS tidak berniat, bercadang atau pernah berusaha untuk menegakkan syariat Islam (enakmen hudud kelantan, terengganu?)... apakah selepas masuk PR, PAS telah menggugurkan perjuangan tersebut dari perlembagaan... sila tunjuk bukti..
Soalan 2, siapa yang memberi amaran supaya hudud tidak diteruskan... Karpal?.. beliau hanya boleh bercakap, tapi takder kuasa... jadi siapa yang ada kuasa dan yang bercakap? ader ker tak?
Soalan 3, aku pun pernah kritik PAS sebab mengelirukan fahaman assobiyah yang sebenarnya untuk menjamin kesinambungan survival bangsa melayu yang kurang berdaya saing berbanding bangsa lain... tapi aku tidak keluar PAS, sebab aku rasa kita masih perlu jemaah yang beteraskan Islam untuk memperjuangkan hak melayu... jadi aku kacau dari dalam... tapi aku hormati keputusan ramai... aku tak puas hati, itu masalah aku, aku dah sampaikan, mereka tak mau dengar, itu masalah diorang... tapi aku berpegang kepada keperluan jemaah... maka aku berada dalam PAS... jadi, cuba katakan siapakah yang kita boleh harapkan untuk membela melayu?... bolehkah kita harapkan kepada mereka yang menyekat hak royalti minyak orang melayu kelantan untuk membela melayu?... ini yang buat aku keliru...
bagi aku, walaupunpun hero baru mempunyai poin yang baik untuk mengutarakan isu IMR, namun pendekatan beliau keluar dari jemaah dan dipergunakan sebagai peluru untuk melemahkan jemaah PAS inilah yang aku anggap tidak kena... sebab inilah (perpecahan) peluang yang ditunggu-tunggu orang 'lain' untuk menangguk di air yang keruh... eloklah gunakan Ph.D untuk menganalisis dengan lebih kritikal...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan