Blog wfauzdin.blogspot.com
SAHIH atau tidak, Wallahu Aklam. Ada aku baca berita bahawa MB Pahang, Tok Nan kita kini sedang uzur. Itulah yang aku dengar, dan tentunya atas dasar kemanusiaan kita mesti doakan Tok Nan sihat. Doa kita agar dia sihat bukan untuk dia menyambung hayat bersama rejim yang zalim cuma kita doakan dia sihat agar sempat bersama golongan yang menentang kezaliman dan menegakkan keadilan bukannya bersekongkol dengan mereka.
Apa yang aku mahu sebut di sini, jika kerajaan rasa perlu mahu jual gula murah sehingga RM1 sekilo seperti di PRK Dun Sg Limau baru-baru ini, kerajaan boleh lakukan sekarang. Kita tidak mahu jika berlaku PRK di mana-mana tempat walaupun di Dun Pelangai kawasan Tok Nan sekalipun, rakyat terus dipermainkan dengan harga gula ini. Sekarang boleh mula jual di Dun Pelangai, jangan tunggu PRK.
Alasan utama kerajaan naikkan harga gula adalah demi kesihatan rakyat kononnya walaupun alasan itu menjadi bahan ketawa pakar-pakar kesihatan malahan menjadi bahan lawak pelajar-pelajar perubatan. Apabila harga gula tiba-tiba turun harga ke paras RM1 sekilo, lebih pelik lagi hanya turun harga di Dun Sg Limau sewaktu kempen PRK berlangsung, maka apa hujahnya pula? Adakah kerajaan mahu rakyat di Dun Sg Limau mengalami kencing manis kesemuanya? Atau, adakah gula yang dijual di situ gula keluaran terbaru yang kurang manis dan tidak menjejaskan kesihatan? Jika begitu, kenapa tiada gula jenis itu dijual di tempat lain?
Apabila ditanya kepada Jamil Khir, menteri agama Umno yang sepatutnya tahu bahawa kuat berbohong itu sifat-sifat orang Munafik, beliau dengan selamba menjawab itu adalah kebetulan tiada kaitan dengan pilihanraya di Dun Sg Limau. Ertinya, kebetulan harga gula murah di Sg Limau sahaja tiada di tempat lain. Maka, itu bukan rasuah lah kononnya. SPR pun angguk bagitahu kita bahawa bukan rasuah jual harga gula murah walaupun hanya di Sg Limau. Siapa tidak kenal SPR?
Jamil Khir kata lagi, bukan pelik harga gula dijual murah kerana sudah kebiasaan ada pasaraya yang kadangkala tawarkan harga barang murah. Lagi buat kita terkentut mendengar hujah Jamil Khir. Kita semua tahu bahawa gula adalah salah satu barangan terkawal yang sudah tentunya harga tidak boleh ditetapkan sesuka hati. Dan, jika benar itu adalah promosi atau tawaran murah dari pasaraya, mengapa tidak dijual di pasaraya agar orang lain boleh membelinya? Mengapa dibawa ke Sg Limau? Selalunya kita yang akan pergi ke pasaraya untuk membeli harga murah yang ditawarkan. Tetapi pelik di Sg Limau, rakyat tidak perlu keluar membeli tetapi gula datang mencurah ke situ. Bukan rasuah, kata SPR!!
Pelik lagi, tidak pula disebut pasaraya mana yang menawarkan harga gula serendah itu. Cuba masa sekarang kita pergi ke Sg Limau ada tak lagi tawaran harga gula murah? Kirim salam ok. Jelas pada kita Jamil Khir bukan saja sanggup tipu rakyat bahkan secara langsung dia juga turut menipu bapa dan keluarganya sendiri di sana. Kalau sudah bapa sendiri pun sanggup dia tipu sedemikian, siapa kita pada Jamil Khir? Tidak peliklah orang seperti ini sanggup guna duit zakat untuk membayar peguam bagi menghalang kes Qazaf.
Sehubungan itu, sekali lagi kita harapkan agar jualan gula murah seperti di Sg Limau itu dibuat sekarang. Tidak perlu tunggu PRK di Dun Pelangai kerana kita harap Tok Nan sihat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan