"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Norizan Salleh dibayar RM 300,000 sebagai ganti rugi setelah ditembak polis, persoalannya bayar guna duit siapa


KUALA LUMPUR: Setelah menunggu hampir lima tahun, Norizan Salleh,34 akhirnya memenangi tuntutan samannya terhadap tiga anggota polis dan kerajaan Malaysia atas dakwaan cuai sehingga menyebabkan dia terkena beberapa das tembakan pada Oktober 2009.

Beliau yang juga merupakan suri rumah sepenuh masa memperolehi kemenangan tersebut apabila Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Hue Siew Kheng telah memerintahkan supaya ganti rugi RM318,326 dibayar kepada Norizan atas dakwaan kecuaian.


Norizan yang juga ibu kepada dua orang anak diwakili oleh peguam bela N.Surendran dan juga Latheefa Koya.


“Kes Norizan adalah kes yang pertama membabitkan pihak yang ditembak polis berjaya mendapatlkan pembelaan dan kemenangan di mahkamah.


“Hakim Mahkamah Tinggi telah membuat keputusan sebanyak RM200,000 perlu dibayar sebagai ganti rugi teladan, RM50,000 untuk kerosakan umum, RM50,000 lagi untuk serangan dan keganasan, serta biaya perubatan sebanyak RM18,260,” kata N. Surendran sewaktu ditemui pemberita di luar kamar Mahkamah Tinggi, Jalan Duta, hari ini.


Menurutnya, pihak Mahkamah telah menghantar mesej jelas kepada pihak polis agar tidak bertindak semberono terhadap orang awam.

suri rumah
Bahkan Hakim Hue Siew Kheng turut menegur pihak polis kerana tidak mematuhi perintah tetap Ketua Polis Negara kerana menembak terlebih dahulu dan tidak cuba menghentikan kenderaan yang dinaiki Norizan dalam kejadian tersebut.


Bagi Norizan, beliau sangat bersyukur bahawa selama ini beliau tidak bersalah.
Turut hadir menemani Norizan di Mahkamah adalah suami, ibu serta dua orang anaknya.


“Walaupun saya nak polis yang pijak dan tendang saya itu dimasukkan ke dalam penjara, tetapi dengan adanya keputusan ini telah membuktikan bahawa mereka bersalah atas tindakan mereka terhadap saya,” katanya.


Beliau turut menjelaskan bahawa kesan daripada tembakan itu menyebabkan beliau kini tidak lagi berupaya untuk bekerja dan kadang-kala menyebabkan beliau menghadapi kesukaran untuk bernafas.


“Kadang-kadang saya mudah mengah dan kesakitan tersebut mencucuk-cucuk saya,” ujarnya.


Manakala N. Surendran turut menjelaskan ia terpulang kepada pihak polis dan jabatan peguam negara untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap defenden yang terlibat


Pada 30 Oktober 2009, sekitar jam 4 pagi, sewaktu berada di Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), kereta yang dinaikinya bersama tiga kenalan diekori kereta peronda polis.


Pada waktu kejadian, ibu kepada seorang anak itu mendakwa melihat seorang anggota polis mengacu senjata ke arah kereta dinaikinya serta mendengar bunyi tembakan bertubi-tubi yang menyebabkan dia turut terkena beberapa tembakan.


Selepas kereta yang dinaikinya berhenti, dia yang merupakan plaintif dalam kes ini cuba keluar dari kereta dan meminta pertolongan, namun seorang anggota polis menendangnya di dada dan menyebabkan dia rebah semula.


Wanita itu mendakwa, anggota polis iaitu defendan pertama turut memijak badannya ketika dia cuba keluar dari kereta dalam keadaan merangkak sambil menahan kesakitan.


Norizan telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan dan menjalani pembedahan selama empat hari serta dirujuk ke Institut Jantung Negara (IJN) selama sembilan hari.


Plaintif yang ketika itu adalah peniaga nasi lemak menamakan seorang anggota polis yang bertugas di Ibu pejabat Polis Daerah Sentul, Mohd Firdaus sebagai defendan pertama telah membuat laporan polis di Balai Polis Kepong.


Selain seorang anggota polis bernama Mohd Firdaus, tiga defendan lain termasuk Ketua Polis Daerah Sentul, Ketua Polis Negara, dan Kerajaan Malaysia.


Akibat kejadian itu, Norizan sukar membuat kerja berat untuk tempoh masa lama, serta hilang peluang mendapat pekerjaan bagi menyara kehidupannya.

-freemalaysiatoday-

Tiada ulasan: