"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Menjelang perintah darurat, Pas secara berjamaah telah serang Umno

BORHAN AHMAD

Menjelang Kabinet membincangkan cadangan darurat yang kini diluluskan oleh Yang Dipertuan Agong, pemimpin Pas secara berjamaah telah menyerang Umno kerana mendesak pilihan raya umum diadakan segera.

Dari Presiden sehinggalah AJK Pas Pusat, mereka telah mengkritik desakan Umno itu dan mempertahankan kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang menolak desakan agar pilihan raya umum diadakan segera sebagaimana yang dibuat oleh Umno.

Pas tidak setuju didakan PRU ketika ini kerana rakyat sedang berdepan masalah banjir dan penularan pandemik Covid-19, kata Hadi pada 8 Januari lepas.

Sebelum itu, pada 5 Januari, Bendahari Pas Pusat, Datuk Iskandar Abdul Samad menerusi facebooknya berkata, “Hairan PH dan DAP tidak lagi diserang seperi dulu oleh mereka.

“Yang lain pula jadi mangsa. Kenapa ye?”

AJK Pas Pusat, Riduan Mohd Nor pada 9 Januari pula menyifatkan tuntutan diadakan pilihan raya itu adalah tindakan ‘bodoh dan sombong’.

“Apabila bodoh dan sombong dimadukan maka ucaplah selamat tinggal.

“Rakyat dihimpit duka bertindan tindih, pandemik dan bencana banjir namun kalian masih lagi berpolemik demi kuasa.

“Yakin benar kalian diterima rakyat….hurmmmm…alangkah,” tulis beliau.

Exco kerajaan negeri Kelantan, Datuk Mohamad Fadzli Hassan pula berkata, walaupun gelombang banjir semakin reda, namun gelombang Covid semakin menggila.

“Adakah rakyat terpaksa berhadapan dengan gelombang pilihan raya pula?

“Berilah peluang untuk rakyat menarik nafas buat seketika,” kata Fadzli melalui fabebook beliau.

Pada 3 Januari lepas, Umno mendesak agar Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) diadakan secepat mungkin bagi mengembalikan mandat kepada rakyat untuk memilih kerajaan baharu.

Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, lebih 30 negara di dunia sudah mengadakan pilihan raya dalam keadaan mereka berdepan penularan Covid-19.

Beliau berkata, prosedur operasi standard (SOP) baharu boleh digunakan bagi melaksanakan PRU15 dalam tempoh berkenaan.

Tiada ulasan: