"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Perlembagaan benarkan pembentukan Kerajaan Minoriti

MOHAMED HANIPA MAIDIN

PRU-15 di Malaysia tanpa disangka melahirkan fenomena “hung parliament” atau parlimen tergantung.

Ini berlaku kerana tidak ada mana-mana gabungan politik yang dominan (PH, PN atau BN) yang berjaya mencapai angka majoriti mudah iaitu 112 kerusi.

Boleh dikatakan ramai pihak yang menjangkakan akan wujudnya kerajaan campuran di mana pemain utama adalah PH atau PN dan rakan kongsi depa adalah BN dan beberapa parti lain bagi mencukupkan bilang sebanyak 112 kerusi bagi membentuk kerajaan dengan majoriti mudah.

Adakah itu sahaja opsennya dalam Perlembagaan Persekutuan?

Meskipun Perlembagaan Persekutuan tidak secara specifik menawarkan formula yang tuntas dalam keadaan sebegini (fenomena “hung parliament”) namun saya berpendapat wujudnya alternatif selain kerajaan yang didirikan atas “simple majority” melalui idea kerajaan campuran.

Apakah alternatif tersebut ?

Saya berpendapat alternatif yang boleh juga dikira ” viable” adalah YDPA membenarkan wujudnya Kerajaan Minoriti.

Dalam konteks di peringkat persekutuan, saya bersetuju dengan pendapat Prof Shad Faruqi bahawa dalam situasi sekarang mungkin YDPA bukan hanya sekadar melihat dari sudut angka sahaja (112) bagi melantik seorang Perdana Menteri.

Kewujudan kerajaan minoriti (oleh kerana PH yang di hadapan dari sudut memiilki majoriti kerusi iaitu 81 kerusi, maka PH sewajarnya dibenarkan untuk membentuk kerajaan minoriti) adalah tidak salah, pada hemat saya, dalam konteks Perlembagaan.

Mungkin ada yang bertanya adakah Kerajaan minoriti PH itu akan dilihat stabil?

Saya hujahkan dengan adanya undang-undang anti- lompat,insyaAllah ia akan boleh menjadi kerajaan yang stabil meskipun ia hanya berstatus kerajaan minoriti.

Mungkin juga ada yang bertanya macam mana sekiranya ada undi tidak percaya ?

Saya katakan fenomena undi tidak percaya boleh diatasi melalui sebuah mekanisme yang dipanggil CSA (onfidence-Supply Agreement) atau perjanjian “keyakinan dan pembekalan” dimeterai dengan gabungan politik atau dengan parti-parti politik tertentu.

Secara mudahnya melalui perjanjian tersebut, sebagai balasan atau imbalan tertentu pihak yang memetarai perjanjian CSA dengan kerajaan minoriti itu tidak akan dibenarkan untuk melakukan perkara tertentu seperti tidak boleh bertindak membuat undi tidak percaya.

والله اعلم

Mohamed Hanipa Maidin

20/11/2022.

Tiada ulasan: