"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

‘Ini kerajaan gabungan bukan kerajaan PH atau DAP’

FAZLI RADZI

Calon Perdana Menteri ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa kerajaan Persekutuan yang akan dibentuk adalah kerajaan gabungan bukannya kerajaan PH atau DAP.

“Ia bukan kerajaan DAP, bukan kerajaan PH. Ia adalah kerajaan gabungan,” kata Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu pada sidang media hari ini.

Beliau dalam masa sama menolak kenyataan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dakwanya berjaya membentuk kerajaan dengan memperoleh sokongan majoriti daripada 112 ahli Parlimen.

Anwar berkata sokongan daripada ahli Parlimen BN yang menyokong calon Perdana Menteri di luar ketetapan parti adalah tidak sah.

“Kita adalah gabungan yang mempunyai blok terbesar pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini dan selesa dengan sokongan yang diperoleh,” katanya.

PH memperoleh 82 kerusi Parlimen pada PRU15 manakala PN dan BN masing-masing mendapat 73 dan 30 kerusi.

Tiada ulasan: