Mohamad Fadli
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Gabungan Parti Sarawak (GPS) diminta menghadap Yang Di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah di Istana Negara hari ini, menurut sumber terdekat.
Ini susulan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) turut diminta menghadap Agong pada 10.30 pagi ini bagi mencapai keputusan siapa perdana menteri seterusnya.
Menurut sumber, kebanyakan Ahli Parlimen GPS tersebut akan menuju ke Istana Negara selepas 30 Ahli Parlimen Barisan Nasional menghadap Agong pada 10.30 pagi, dijangka disusuli oleh Fadillah Yusof, Alexander Nanta Linggi, Richard Riot Jaem dan Tiong King Sing.
Terdahulu, Pengerusi Perikatan Nasional Muhyiddin Yassin mendakwa GPS dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berjanji menyokongnya sebagai perdana menteri seterusnya.
Katanya, beliau menemui Pengerusi GPS Abang Johari Openg dan Pengerusi GRS Hajiji Noor pada 20 Nov lalu, yang memberikan komitmen sokongan Ahli Parlimen kedua-dua gabungan itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan