"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

10 Exco Perak angkat sumpah, 7 PH, 3 BN

Muhammad Zulsyamini Sufian Suri

am@hmetro.com.my

10 ADUN Perak selesai mengangkat sumpah sebagai Exco atau Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri Perak di Balai Istiadat Kecil, Istana Iskandariah, di sini, hari ini. FOTO Bernama

10 ADUN Perak selesai mengangkat sumpah sebagai Exco atau Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri Perak di Balai Istiadat Kecil, Istana Iskandariah, di sini, hari ini. FOTO Bernama

Kuala Kangsar: Sepuluh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengangkat sumpah di hadapan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak di Balai Istiadat Kecil, Istana Iskandariah di sini, hari ini.

Mereka terdiri daripada tiga ADUN Barisan Nasional (BN) iaitu ADUN Lintang, Datuk Mohd Zolkafly Harun- UMNO; Salbiah Mohamed (Temengor-UMNO) dan Khairudin Abu Hanipah (Belanja-UMNO).

Selebihnya adalah daripada Pakatan Harapan (PH) iaitu ADUN Sungai Rapat, Datuk Seri Dr Mohammad Nizar Jamaluddin- AMANAH; A Sivanesan (Sungkai- DAP); Loh Sze Yee (Jalong- DAP); Teh Kok Lim (Aulong- DAP); Sandrea Ng Shy Ching (Teja- PKR); Mohd Azlan Helmi Helmi (Tualang Sekah- PKR), dan Woo Kah Leong (Pasir Bedamar-DAP).

Mohd Zolkafly dan Shahrul Zaman sebelum ini adalah Exco kerajaan negeri di bawah pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad yang mula menjawat sejak Disember 2020 susulan peletakan jawatan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu pada 5 Disember tahun sama selepas kehilangan majoriti sokongan ADUN.

Perak sebelum pembubaran DUN pada 17 Oktober lalu mempunyai seramai 10 Exco di bawah pimpinan Saarani yang komposisinya terdiri daripada lima dari BN; PAS (2), dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (3).

Turut berangkat di majlis itu Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim; Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa; Raja Puan Besar Perak, Raja Nazhatul Shima Sultan Idris Shah dan Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah.

Tiada ulasan: