"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

‘Macam mana bank boleh terima duit palsu?’ Wanita terkejut mesin ATM keluarkan wang tak siap cetak lebih RM400

SITI NUR ZAWANI MISCON

Seorang wanita meluahkan rasa terkejut apabila sejumlah wang yang dikeluarkannya dari sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM), terlihat seperti duit palsu apabila lebih separuh daripada not RM50 tidak habis dicetak.

Kejadian tersebut difahamkan berlaku di salah sebuah stesen minyak di Johor, dan dikongsikan di laman TikTok Nur Shafiyyah.

Dalam rakaman yang ditunjukkan, dilihat beberapa keping wang RM50 tidak habis dicetak di bahagian nombor, selain berlaku koyakan pada duit kertas secara ketara.

“Macam mana duit palsu boleh pihak ATM bank masukkan ke dalam mesin ATM ni. Aniaya kat orang lah. Sekarang nak simpan duit dekat bank pun dah tak selamat. Rasanya scammer. Kot-kot daripada orang dalam bank ni. Berlaku di mesin ATM di Petronas Johor,” tulis individu berkenaan dalam kapsyen video.

Ada satu komen yang menarik perhatian di mana ada pengguna meluahkan rasa hairan kerana banyak kali juga berhadapan dengan keadaan duit terkoyak, tetapi peliknya apabila dia mahu memasukkan duit, ATM tidak pula menerima duit yang sudah koyak.

Pelik katanya.

Tiada ulasan: