"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kontroversi harga belian padi menurun

HarapanDaily.com

Kecoh semalam apabila kilang padi tiba-tiba menurunkan harga belian padi daripada RM1,800/tan kepada RM1,200/tan. Ramai yang mula menyalahkan kerajaan dengan mengatakan kerajaan telah menindas pesawah. Persoalannya betul kah dakwaan ini?

Mari kita telusuri semula apa yang telah berlaku selama beberapa bulan sebelum ini.

1. Sebelum Kerajaan Madani memerintah negara ini lagi harga lantai belian padi di negara ini telah ditetapkan RM1200/tan. Kerajaan hanya menetapkan harga lantai dan tidak pernah meletakkan harga siling. Maksudnya semua pengilang wajib membeli padi dengan harga minima RM1200/tan. Jika mereka nak beli dengan harga yang lebih tinggi, itu keputusan kilang itu.

2. Apa yang berlaku tahun ini adalah kilang-kilang padi ini mula berlawan harga sesama mereka sehingga harga belian padi telah mencecah RM1800/tan. Kesannya, ada kilang-kilang padi yang kurang modal tidak boleh lagi nak bersaing dengan kilang-kilang padi besar yang punya modal besar. Maka banyak dah kilang padi kecil terpaksa menutup operasi.

3. Tentu ada yang akan kata – baguslah kalau kilang padi bersaing sesama mereka naikkan harga belian padi kerana yang akan untung adalah pesawah. Memang betul ia akan menguntungkan pesawah tetapi ia juga akan memberi kesan kepada harga runcit beras tempatan yang masih ditetapkan RM2.60/kilo atau RM2600/tan.

4. Jika harga belian padi sudah mencecah RM1800/tan atau RM1.80/kilo, maka harga jualan beras tempatan sudah tidak boleh lagi dijual dengan harga RM2.60 sekilo. Ini kerana kos jualan sudah meningkat 80sen/kilo. Maka harga jualan yang ideal untuk beras tempatan sudah menjadi RM2.80 ke RM3.00 sekilo. Sebab itulah kita lihat beberapa bulan ini beras tempatan sudah tidak banyak di pasaran awam kerana kilang tak mahu menanggung rugi menjual beras tempatan di pasaran awam. Mereka lebih suka menjual beras tempatan pada pihak industri, pengusaha restoran dan hotel serta pembekal tender bagi meminimumkan kerugian.

5. Kilang-kilang padi ini berharap Kerajaan akan menaikkan harga beras tempatan kepada RM3.20 sekilo memandangkan harga beras dunia juga telah meningkat kepada RM3.20 sekilo. Tetapi apa yang berlaku kelmarin, Kerajaan bertegas mahu mengekalkan harga beras tempatan RM2.60 sekilo. Maka semalam kilang-kilang padi pun segera bertindak balas dengan menurunkan harga belian padi mereka.

6. Semalam juga telah tersebar klip audio dari tauke kilang padi di Perlis yang mengatakan kilangnya telah rugi jutaan ringgit apabila kerajaan tidak mahu menaikkan harga beras tempatan. Soalan yang perlu ditanya pada tauke kilang-kilang ini, kenapa dulu kamu sendiri yang naikkan harga belian padi dan kamu juga tahu bila kamu beli padi dengan harga yang mahal maka kos jualan akan bertambah — kamu tidak terfikirkah risiko yang bakal kamu hadapi jika Kerajaan tak mahu naikkan harga beras tempatan?

7. Jika dicongak semula, sebenarnya pesawah tidak mendapat untung yang banyak pun apabila kilang menaikkan harga belian padi. Ini kerana harga benih juga telah dinaikkan oleh pembekal benih padi. Bukan sahaja harga benih- kos broker, kos lori, kos racun dan kos jentuai juga telah naik kebelakangan ini. Kenaikan harga belian padi telah menyebabkan keseluruhan kos input padi juga naik dengan mendadak.

Harap pencerahan ini dapat menjelaskan sedikit senario yang berlaku dalam industri padi dan beras negara sekarang. Untuk makluman semua, walaupun harga belian padi telah diturunkan kepada RM1200/tan oleh pengilang tetapi Kerajaan masih memberi subsidi RM500/tan. Ini bermakna pesawah masih mendapat RM1700/tan padi.

Oleh Penulis Khas

Tiada ulasan: