"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Selepas kejayaan PRK di Johor, penjawat awam mula sokong PH-BN

HarapanDaily.com

SITI NUR ZAWANI SITI

Kejayaan dua calon Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) di Simpang Jeram dan Pulai bulan lalu memberi indikasi penjawat awam cenderung menyokong gabungan itu dan Barisan Nasional (BN).

Presiden AMANAH, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, beliau yakin calon BN yang dipertaruhkan pada PRK Pelangai akan mencapai kemenangan sama sekali lagi.

“Saya ingin berpesan kepada seluruh rakyat dan pengundi di Pelangai, pertahankanlah perpaduan dan kestabilan yang telah terbina ini.

“Kita lihat, setelah kejayaan Pakatan Harapan menang di Pulai dan Simpang Jeram, sokongan penjawat awam mula beralih kepada gabungan PH dan BN.

“Saya berkeyakinan sekali lagi kita akan berjaya mencapai kemenangan di Pelangai ini,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.


Mohamad Sabu ketika berucap dalam Sembang Santai Perpaduan di Bilik Gerakan Kampung Hayat, Pahang semalam

Mohamad yang juga Ahli Parlimen Kota Raja turut merayu agar rakyat terus memberikan kepercayaan kepada Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Insya Allah negara kita berada di landasan yang terbaik untuk kembali menjadi negara yang dihormati dan disegani dunia,” ujarnya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 7 Oktober sebagai hari pengundian bagi DUN Pelangai.

DUN Pelangai menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon BN, Datuk Amizar Abu Adam menentang calon PN, Kasim Samat dan calon Bebas, Haslihelmy DM Zulhasli.

PRK tersebut diadakan ekoran kematian penyandangnya daripada BN, Datuk Seri Johari Harun pada 17 Ogos lalu selepas terbabit dalam nahas pesawat terhempas di Lebuhraya Guthrie berhampiran Bandar Elmina, Shah Alam.

Tiada ulasan: