"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Penganalisa ramal AMANAH peroleh lebih banyak jawatan

HarapanDaily.com

K PRAGALATH 

Para penganalisa politik meramalkan AMANAH akan memperoleh lebih banyak jawatan kabinet di dalam rombakan kabinet.

“Jika berdasarkan peruntukan kerusi kepada parti politik, ia harus kembali kepada AMANAH, memandangkan parti tersebut memperoleh kemenangan berganda di Pulai dan Simpang Jeram,” kata profesor sains politik USM, Dr Ahmad Fauzi Abdul Hamid, lapor Malay Mail.

“Anwar tidak berdepan dengan kekurangan pilihan dalam parti tersebut, dari bekas menteri Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad hingga ahli parlimen terbaru Suhaizan Kayat.

“Anwar tidak akan memilih DAP kerana tindakan tersebut akan membuka peluang tuduhan anti Melayu terhadap dirinya sewaktu Umno berdepan cabaran mempertahankan Pelangai.

“Tindakan menggantikan jawatan Salahuddin dengan MP Umno juga tidak sesuai memandangkan prestasi Umno yang teruk di dalam pilihan raya baru-baru ini,” katanya merujuk kepada Datuk Salahuddin Ayub yang memegang portfolio perdagangan dalam negeri dan kos sara hidup sebelum meninggal dunia.

Penyelidik kanan Nusantara Academy for Strategic Research Azmi Hassan pula berkata Anwar perlu menunjukkan komitmen dalam membawa perubahan dengan mengeluarkan mereka yang kurang berkesan sebagai menteri.

Ahmad Fauzi turut menambah bahawa sekiranya Perikatan Nasional membentuk kerajaan mereka akan bertindak sama seperti kerajaaan kerana faktor persekitaran ekonomi global.

Dalam pada itu, penyelidik kanan Singapore Institute of International Affairs Oh Ei Sun berkata terdapat keperluan untuk membawa masuk individu yang mempunyai latar belakang kewangan yang kukuh seperti Ahli Parlimen Titiwangsa Datuk Seri Johari Ghani kerana ia akan memperkukuhkan keyakinan pemain industri.

MCA, MIC sertai kabinet?
Semalam Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi bayangan bahawa rombakan kabinet akan dibuat tidak lama lagi.

Dalam perkembangan berkaitan, ada desas-desus mengatakan wakil MCA dan MIC akan turut menyertai barisan kabinet.

BN di dalam kabinet ketika ini diwakili oleh Umno dan PBRS.

MCA mempunyai dua wakil iaitu Datuk Seri Wee Ka Siong (Ayer Hitam) dan Datuk Seri Wee Jeck Seng (Tanjung Piai). Ka Siong ialah presiden MCA.

MIC pula mempunyai seorang wakil, Datuk Seri M Saravanan (Tapah) yang juga adalah timbalan presiden partinya.

Ka Siong dan Saravanan pernah menjadi menteri manakala Jeck Seng pernah menjadi timbalan dalam pentadbiran terdahulu.

Tiada ulasan: