"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

2 maut jatuh bangunan di Ipoh

FMT Reporters
Kes pertama membabitkan lelaki 40 tahun disyaki terjatuh dari tingkat 13 sebuah hotel di Jalan Sultan Idris Shah, manakala seorang lelaki 65 tahun ditemui meninggal dunia dipercayai terjatuh dari Flat Gelombang di Menglembu. (Gambar JBPM)
IPOH: Dua lelaki maut dipercayai terjatuh dari bangunan dalam dua kejadian berasingan di Jalan Sultan Idris Shah, di sini dan Menglembu hari ini.

Ketua Polis Ipoh, Yahaya Hassan, berkata dalam kejadian di sebuah hotel di Jalan Sultan Idris Shah, seorang lelaki 40 tahun dari Taman Nasional, di sini disyaki terjatuh dari tingkat 13 dan tersangkut di bumbung tingkat enam premis itu.

“Polis menerima panggilan daripada orang awam pada 9.38 pagi dan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan.

Dalam kejadian di Flat Gelombang, Menglembu pula, seorang lelaki 65 tahun ditemui meninggal dunia dipercayai terjatuh dari Blok 9B rumah pangsa itu.

Katanya, polis menerima panggilan pada 3.50 petang dan kad pengenalan mangsa ditemui dalam poket seluarnya.

“Tiada kenderaan ditinggalkan si mati di tempat kejadian, pemeriksaan pada badan si mati menjumpai kesan kelar tangan kanan, namun tiada unsur jenayah dikesan.”

Kedua-dua kes diklasifikasikan mati mengejut dan mayat dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat.

Tiada ulasan: