"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Serang lelaki dengan pisau, 6 individu ditahan

Norsyazwani Nasri
am@hmetro.com.my

Kuching: Polis berjaya menyelesaikan kes serangan terhadap seorang lelaki di parkir sebuah hospital di sini dalam tempoh kurang 24 jam, susulan penahanan enam individu.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, semua suspek warga tempatan itu ditahan pada 5.50 petang semalam.

Menurutnya, pada 7.04 malam Ahad lalu, pihaknya menerima laporan dibuat mangsa yang mendakwa diserang dengan pisau oleh sekumpulan lelaki selepas selesai membawa anaknya menerima rawatan di hospital.

"Akibat kejadian, mangsa cedera di kepala, manakala enam suspek yang ditahan didapati memiliki rekod kesalahan lampau berkaitan dadah, jenayah kekerasan dan komersial.

"Ujian air kencing mendapati lima daripadanya positif dadah methamphetamine," katanya hari ini.

Beliau berkata semua suspek direman empat hari hingga 7 Okt dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Tiada ulasan: