"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tanding kerusi selamat ‘cacatkan’ kredibiliti Dr M dan PAS


HOME
NEWS
BERITA
BUSINESS
LIFESTYLE
OPINION
WORLD
PROPERTY
SPORTS
EDUCATION
CARZILLA
GALLERY
VIDEOS
ACCELERATOR

Nora Mahpar

PETALING JAYA: Idea mempertaruhkan Dr Mahathir Mohamad di Parlimen Kemaman akan mencacatkan kredibiliti beliau sebagai tokoh politik malah PAS akan dilihat ketandusan pemimpin, menurut penganalisis politik.

Menurut Azmi Hassan dari Akademi Nusantara, PAS mungkin mahu mengangkat bekas perdana menteri itu ke Dewan Rakyat sebagai wakil empat negeri pimpinan parti itu, namun kemenangan di kerusi selamat seperti Kemaman akan menumpulkan ‘taring’ Mahathir.

“Mahathir tewas di Langkawi dengan teruk sekali dan akan memburukkan keadaan jika beliau diberi peluang ke Dewan Rakyat melalui tempat paling selamat,” katanya kepada FMT.

Azmi merujuk kepada kekalahan yang dialami Mahathir ketika PRU15, yang terpaksa berpuas hati dengan sekadar 4,566 undi, berbanding calon PN yang meraih 25,463 undi.

Sebaliknya, PAS menang bergaya di Kemaman dengan majoriti sebesar 27,179 undi, malah menewaskan bekas menteri besar, Ahmad Said.

“Sekali pandang strategi itu memang bagus tetapi stigma hilang deposit di Langkawi membuatkan suara Mahathir tidak segarang seperti sebelum ini,” tambah Azmi.

FMT semalam melaporkan PAS berkemungkinan meletakkan Mahathir, 98, sebagai calonnya apabila Parlimen Kemaman dipertandingkan nanti, menurut sumber rapat beliau.

Sumber rapat bekas perdana menteri itu memberitahu FMT kehadirannya di Dewan Rakyat akan membolehkan ahli politik veteran itu “membangkitkan isu negeri dengan lebih baik”, selepas dilantik sebagai penasihat tidak rasmi kepada Perlis, Kedah, Kelantan, dan Terengganu.

Dalam pada itu, penulis buku politik, Mohd Sayuti Omar, berkata PAS akan dilihat ketandusan pemimpin dalam menghadapi Perdana Menteri Anwar Ibrahim, meskipun akar umbi parti akan mematuhi setiap kehendak pucuk pimpinan.

“Kalaulah benar PAS cadang nak letakkan Mahathir bertanding di Kemaman, itu merupakan langkah terdesak PAS bahawa mereka sudah tidak ada tokoh,” katanya.

“Secara tak langsung PAS mengakui tokoh yang ada dalam parti mereka tidak layak, begitu juga dengan tokoh dalam PN, khasnya Muhyiddin Yassin.”

Semalam, Naib Presiden PAS Ahmad Samsuri Mokhtar berkata parti itu belum membincangkan tentang calon untuk PRK Kemaman.

Mahkamah Pilihan Raya baru-baru ini membatalkan kemenangan di Kemaman selepas menerima dakwaan pempetisyen berhubung sogokan semasa tempoh berkempen. PAS tidak merayu keputusan itu sekaligus membuka laluan kepada pemilihan baharu.

Tiada ulasan: