"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

2 maut, 11 cedera van bertembung kereta Pemandu Perodua Kenari dan

Bernama
Pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung nahas membabitkan sebuah van dan sebuah kereta itu pada 2.32 pagi tadi. (Gambar JBPM)
IPOH: Dua maut manakala 11 lagi cedera dalam kemalangan melibatkan sebuah van dan sebuah kereta di Jalan Gerik-Baling, dekat Gerik, awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata, mangsa yang maut terdiri daripada lelaki yang memandu Perodua Kenari dan penumpangnya, seorang kanak-kanak lelaki.

“Pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada 2.32 pagi dan setibanya jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gerik, didapati kemalangan melibatkan sebuah van Toyota Hiace dengan Perodua Kenari, melibatkan 13 mangsa.

“Pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan dua mangsa di dalam Perodua Kenari maut di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan.

Sabarodzi berkata, mangsa yang cedera, iaitu tiga lelaki dewasa, empat wanita dewasa dan empat kanak-kanak lelaki, dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

Tiada ulasan: