"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ceroboh surau, lari tunjuk kemaluan

Muhaamad Hafis Nawawi
mhafis@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Tindakan seorang lelaki warga asing menceroboh surau di Setapak, di sini, dan menunjukkan kemaluan kepada orang ramai mengundang padah apabila ditahan Ahad lalu.

Dalam kejadian jam 10.30 malam itu, salah seorang penjaga surau terbabit menyedari satu lampu di perkarangan bilik jenazah dimatikan.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, pengadu kemudian melihat ke dalam surau dan mendapati suspek berjalan keluar dengan memanjat tembok surau.

Menurutnya, dia kemudian memanggil orang awam lain meminta bantuan menahan suspek.

"Pada ketika itu lelaki terbabit bertindak agresif dengan mengatakan dia adalah Muslim sambil membuka seluar dan menunjukkan kemaluannya.

"Orang ramai yang berjaya menahan suspek kemudian menghubungi polis yang datang sebelum menahannya semula," katanya kepada Harian Metro hari ini.

Ashari berkata, siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan kerana menceroboh, Seksyen 509 kanun sama kerana menunjukkan kemaluan dan Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63.

Tiada ulasan: