"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Rombakan kabinet: Sivakumar, Saraswathy bakal gugur?

HarapanDaily.com

K PRAGALATH 

Menteri Sumber Manusia V Sivakumar dan Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Senator K Saraswathy merupakan antara nama yang dikatakan akan digugurkan dalam rombakan kabinet tidak lama lagi.

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh pula dikatakan akan ditukarkan kementerian.

Pengganti Sivakumar ialah timbalan presiden MIC Datuk M Saravanan yang juga adalah ahli parlimen Tapah.

Saravanan yang pernah menjadi menteri sumber manusia dalam pentadbiran terdahulu akan disertakan di dalam kabinet untuk memantapkan sokongan masyarakat India kepada kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pilihan raya di enam negeri baru-baru ini telah menyaksikan peralihan undi masyarakat India kepada Perikatan Nasional sebanyak 20 peratus.

Yeoh pula akan ditukarkan kementerian kerana kekurangan sokongan belia kepada kerajaan, kata sumber, lapor Free Malaysia Today.

Ada juga pandangan bahawa penukaran kementerian dibuat kerana kegagalan kontinjen di dalam Sukan SEA awal tahun ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Yeoh telah menafikan ura-ura tersebut.

Rombakan dijangka dibuat seusai pilihan raya kecil Pelangai.

Sumber dari Jabatan Perdana Menteri pula berkata kebanyakan anggota kabinet yang akan dirombak melibatkan anggota dari PKR kerana Anwar tidak boleh menyinggung komponen BN dan PH.

Tiada ulasan: