"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kelab malam terbakar, 13 maut

Bernama
Menurut perkhidmatan kecemasan, tiga kelab malam terlibat dalam kebakaran itu. (Gambar X /112 Region de Murcia)
MADRID: Angka korban dalam kebakaran kelab malam di bandar Murcia, Sepanyol meningkat kepada 13 orang, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Menurut perkhidmatan kecemasan, tiga kelab malam terlibat dalam kebakaran itu.

Kebakaran bermula dari salah sebuah kelab terbabit pada 6 pagi (0400 GMT) dan api merebak ke premis lain dengan pantas.

Datuk Bandar Murcia, Jose Ballesta mengumumkan tempoh berkabung selama tiga hari.

Punca kebakaran masih disiasat.

Tiada ulasan: