"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Wahai sekalian Mufti ku, Katakanlah oleh mu, Siapakah yg BENAR? PAS atau UMNO???

budak_perak
Beramal untuk Islam dalam usaha untuk mewujudkan peribadi yang mencernakan akidah dan akhlak Islam , untuk mewujudkan masyarakat yang beriltizam dengan fikrah dan cara hidup Islam , untuk mewujudkan sebuah kerajaan yang melaksanakan syariat dan perlembagaan Islam, memikul tanggungjawab dakwah, memberi pentunjuk untuk menegakkan kebenaran dan keadilan di dunia.

Semua amal-amal ini, demikian juga semua perkara yang diperlukan yang berhubung dengan amal-amal ini dan semua perkara-perkara sampingan yang dituntut oleh amal-amal ini merupakan suatu kewajipan syar'ie . Kewajipan ini tidak akan gugur kecuali setelah tegaknya satu kuasa yang memikul tanggungjawab ini dan memelihara urusan orang-orang Islam .

Selagi kekuasaan ini tidak wujud , segala kecuaian dari pada mereka yang beramal atau kecuaian mereka yang berdiam diri merupakan satu dosa di sisi syariat. Dosa ini tidak akan dihapuskan kecuali apabila mereka mengambil inisiatif secepat mungkin untuk memikul semua tanggungjawab dan taklif amal-amal Islam.

Diantara bukti-bukti yang menunjukan bahawa beramal untuk Islam itu wajib dan kewajipan ini adalah bersifat taklif keatas setiap muslim, Tanggungjawab ini bukan hanya kepada parti PAS sahaja dan bukan hanya tanggungjawab yang bersifat sukarela dapat dilihat dengan yakin daripada beberapa sudut.

Wajib dari sudut prinsipnya :

Daripada segi prinsip dan dasarnya, beramal untuk Islam adalah wajib kerana beramal itu merupakan matlamat asasi bagi semua taklif yang diwajibkan Allah kepada semua manusia . Kewajipan ini pertamanya ditujukan kepada para anbia' dan para rasul, kemudian diikuti pula oleh semua manusia sehingalah hari kiamat.

Firman Allah dalam Al-Quran :

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
وَٱلۡعَصۡرِ (١) إِنَّ ٱلۡإِنسَـٰنَ لَفِى خُسۡرٍ (٢) إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلۡحَقِّ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلصَّبۡرِ (٣

Maksudnya :
" Demi Masa! , Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian, Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan mereka dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat-menasihati supaya menetapi kesabaran. " (surah : Al-' Ashr : 1-3)

Firman Allah dalam Al-Quran :

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
إِنَّ ٱلَّذِينَ يَكۡتُمُونَ مَآ أَنزَلۡنَا مِنَ ٱلۡبَيِّنَـٰتِ وَٱلۡهُدَىٰ مِنۢ بَعۡدِ مَا بَيَّنَّـٰهُ لِلنَّاسِ فِى ٱلۡكِتَـٰبِ‌ۙ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ يَلۡعَنُہُمُ ٱللَّهُ وَيَلۡعَنُہُمُ ٱللَّـٰعِنُونَ (١٥٩

Maksudnya :" Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk. (Al-Baqarah:159)

Wajib dari sudut hukumnya :

Beramal dan berkeja untuk Islam adalah wajib ditinjau dari sudut hukum, kerana pembekuan sifat hakimiah Allah di bumi dan juga penguasaan sistem dan undang-undang ciptaan manusia ke atas masyarakat manusia mewajibkan umat Islam bekerja dan mengembalikan kehidupan menurut cara Islam.
manusia supaya mengabdikan diri kepada Allah dalam bidang-bidang akidah, akhlak dan sistem hidup mereka, kerana Allah telah berfirman. :
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
فَلَا وَرَبِّكَ لَا يُؤۡمِنُونَ حَتَّىٰ يُحَكِّمُوكَ فِيمَا شَجَرَ بَيۡنَهُمۡ ثُمَّ لَا يَجِدُواْ فِىٓ أَنفُسِہِمۡ حَرَجً۬ا مِّمَّا قَضَيۡتَ وَيُسَلِّمُواْ تَسۡلِيمً۬ا (٦٥

Maksudnya :
" Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya. " (An-Nisaa' : 65)

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
وَمَا ٱخۡتَلَفۡتُمۡ فِيهِ مِن شَىۡءٍ۬ فَحُكۡمُهُ ۥۤ إِلَى ٱللَّهِ‌ۚ ذَٲلِكُمُ ٱللَّهُ رَبِّى عَلَيۡهِ تَوَڪَّلۡتُ وَإِلَيۡهِ أُنِيبُ (١٠

Maksudnya :
" Dan (katakanlah wahai Muhammad kepada pengikut-pengikutmu): Apa jua perkara agama yang kamu berselisihan padanya maka hukum pemutusnya terserah kepada Allah; Hakim yang demikian kekuasaanNya ialah Allah Tuhanku; kepadaNyalah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku rujuk kembali (dalam segala keadaan). " (Asy-Syuura: 10)


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
وَأَنِ ٱحۡكُم بَيۡنَہُم بِمَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ وَلَا تَتَّبِعۡ أَهۡوَآءَهُمۡ وَٱحۡذَرۡهُمۡ أَن يَفۡتِنُوكَ عَنۢ بَعۡضِ مَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ إِلَيۡكَ‌ۖ فَإِن تَوَلَّوۡاْ فَٱعۡلَمۡ أَنَّمَا يُرِيدُ ٱللَّهُ أَن يُصِيبَہُم بِبَعۡضِ ذُنُوبِہِمۡ‌ۗ وَإِنَّ كَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلنَّاسِ لَفَـٰسِقُونَ (٤٩

Maksudnya :
" Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik. " (Al-Maaidah: 49)

Setiap muslim mampu membantu gerakan Islam dalam memikul tanggungjawab amal untuk Islam . Ini dapat dilakukan dengan mendisplinkan diri dalam barisan jamaah setelah dia mempunyai sifat-sifat yang telah disebutkan sebelum ini, dapat dilakukan setelah beliau merasakan keperitan yang dideritai oleh umat.

setelah beliau mengetahui sebab-sebab penderitaan itu dan setelah beliau mengimani kemampuan Islam untuk membawanya mencapai tingkat ketinggian insanniah, kemajuan dan akhlak yang tinggi di samping melaksanakan tuntutan iman yang mengarahkan manusia supaya tunduk secara totol kepada hukum-hukum dan prinsip Islam dalam seluruh urusan kehidupan.
http://mbrm.blogspot.com/

Tiada ulasan: