"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Penahanan Mazlan Aliman: Pengurus Felda Balas Dendam

Penahanan Mazlan Aliman yaang ditahan polis ketika mengadakan sesi dialog dengan peneroka semalam, dipercayai ada kaitan dengan penyerahan memorandum kepada SUHAKAM dua minggu lalu.

Demikian telahan Pengerusi PKR Temerloh, Ahmad Nizam Hamid mengenai penahanan Pengerusi Persatuan Anak-anak Felda Kebangsaan (ANAK) itu dalam satu program di Felda Lembah Klau, Raub, Pahang.

"Kita menganggap ni macam satu balas dendam," kata Ahmad.

Pakatan Rakyat Pahang kesal dengan tindakan itu kerana mereka cuma mahu membela nasib peneroka yang tertindas, bukannya melakukan jenayah.

TV Selangor difahamkan pengurus Felda memfailkan laporan polis mendakwa pencerobohan jenayah.

"Kita kesal dengan tindakan yang diambil oleh pihak pengurusan Felda dan sepatutnya tidak berlaku dan ini menghalang kebebasan untuk berkumpul dan program itu dibuat di rumah peneroka, bukan di tempat awam seperti di balai raya atau di rumah peneroka," tegas beliau.
-tvselangor-

Tiada ulasan: