"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ahmad Said dan UMNO Terengganu Beku dan Lesu?

mohdnoorawang
Genap dua tahun Dato' Ahmad Said menjadi menteri besar Terengganu. Beliau "diserang" oleh parti dan geng Umno sendiri. malah sebahagian ecxo yang dialantik oleh Ahmad Said tidak bermaya bagaikan "cap ayam". Tidak ada satu penanda aras yang boleh kita banggakan.

Masih berada dalam bayangan dan kemegahan yang telah dilaksanakan oleh mantan menteri besar yang lalu Dato' Sri Idris Jusoh. Malah yang diadakan semasa kuasa Idris Jusoh digilap semula oleh Ahmad Said secara kosmetik.

Seperti seorang perempuan ditambah gincu, bedak dan solekan untuk dilihat pandang cantik dan ada perubahan. Hakikatnya kosong dan tidak memberi faedah pun kepada rakyat. Betul apa yang dicakap ramai sama sahaja macam 2X5 jawapan 10. Hanya mementingkan "temolok" dan perut atau politik perut sebahagian pemimpin umno khasnya.

Wang ehsan atau wang royalti minyak belum dikembalikan dalam akuan kerajaan negeri Terengganu. Sehingga kini maseh dinamakan wang ehsan dan agihkan dari mengikut telunjuk kerajaan pusat. Malah sepuluh tahun wang ehsan atau "wang pengkhianatan" tidak memberi sumbangan yang baik terhadap ekonomi dan pendapatan sebahagian besar rakyat Terengganu.

Ahmad Said boleh berbangga dengan pemberian "buku kumputer" kepada pelajar sekolah rendah. orang ramai bertanya beberapa harga sebenar sebuah "buku kumputer" tersebut?, Berkesankah dengan kaedah tersebut kepada pelajar?. Namun tinjuan dibuat pelajar dan guru cukup negative. Hanya ianya berbentuk kosmetik sahaja.

Malah "geng umno" yang tidak pro Ahmad Said sindir secara sinis " Ahmad Said lahi kuat pasang kroni dan banyak projek yang diberi terus kepada kroninya tanpa proces tender malah lebih mudah dan cukup senang, janji yang dapat kroni dan gengnya".

Memang arus kepimpinan umno terengganu ada sedikit "beku dan lesu". Hanya pandangan pemimpin umno yang ada jawatan dalam bahagian dan cawangan sahaja yang berkokok. Mungkin kumpulam ini tiada dapat habuan yang berbentuk projek atau hajat hatinya.

Terengganu jika tiada wang ehsan atau sember kewangan yang mewah semasa semasa menghadapi pilihanraya dan gerakerja bermula dari pemuda dan pemudi serta penyokong umno peringkat kampong sudah lama umno berkubur.

Walau pun pandangan pemerhati politik mengambar suasana Terengganu dalam menghadapi pilihanraya umum yang akan datang memberi impak yang baik kepada pehak lawan. Jarak pilihanraya umum masih jauh Umno Terengganu masih "bergojoh" sesesama sendiri kami anggap bagaikan sandiwara untuk memikat buruh dan habuan dari ketuanya.

Tiada ulasan: