"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

GMI lancar kempen 'Bukan Pinda, Tapi Mansuh ISA'

Hazayani Zakaria
KUALA LUMPUR, 11 Mac:
Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) akan memulakan kempen 'Bukan Pinda, Tapi Mansuh ISA' bermula hari ini.

Ianya sebagai membantah tindakan kerajaan yang hanya akan membentangkan cadangan pindaan dan bukan memansuhkan Akta Keselamatan Negeri (ISA) pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.

Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh memberitahu demikian pada sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut pagi ini.

Terdahulu, pertubuhan NGO itu mengadakan pertemuan dengan wakil parti politik dari PAS, PKR dan DAP termasuk wakil NGO yang menyokong perjuangan memansuhkan akta tersebut.

Parti politik serta NGO tersebut diajak bersama menjayakan aktiviti kempen ini ke seluruh negara yang akan dimaklumkan kemudian.

Antara program yang dirancang sepanjang kempen ini jelas Syed Ibrahim, termasuk dialog dengam Ahli Parlimen, pelancaran logo kempen, pengedaran risalah, majlis dialog dan forum.

Hadir sama pada sidang media tersebut, Ketua Dewan Muslimat PAS Ustazah Nuridah Salleh, Adun Hulu Klang Saari Sungib, Ketua Penerangan PKR Latheefa Koya, Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching dan Presiden JIM, Zaid Kamaruddin.

Tiada ulasan: