"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ketua pemuda PKR Shah Alam keluar parti

Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang Shah Alam, Nor'isham Manap dan timbalannya, Muhamad Ali Mukhtar hari ini mengumumkan keluar dari parti itu berkuat kuasa serta merta.

Seorang anggota Jawatankuasa (AJK) cabang itu, Mohd Nazri Mukhtar dan empat anggota Angkatan Muda cawangan Padang Jawa turut mengumumkan keluar parti.

NONENor'isham berkata, mereka mengambil tindakan itu kerana kecewa dengan kepimpinan PKR yang memilih bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim (kanan, berbaju putih) sebagai calon pakatan pembangkang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Parlimen Hulu Selangor.

Pemilihan Zaid yang rekodnya sebagai pejuang reformasi dan keadilan masih belum diuji jelas merupakan pengkhianatan terhadap semangat dan cita-cita perjuangan reformasi serta keadilan yang kami sertai sejak 1999, katanya.

"Kami yakin pemilihan beliau bukan berdasarkan kepentingan perjuangan dan rakyat tetapi hanya untuk menjaga kepentingan (Ketua Pembangkang Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) yang perlukan seorang bekas menteri dan peguam berprofil tinggi untuk menjadi benteng serta pembela beliau di Parlimen dalam menghadapi kes liwat beliau,'' katanya.

-Bernama-

Tiada ulasan: