Ahmad Zawawi
Daripada raut muka dua pemimpin besar UMNO dikaca TV semalam yang menempelak Siri Ceramah PKR ke 30 Kawasan Parlimen terpilih ternyata memperlihatkan UMNO/BN masih tercari-cari formula untuk mendapatkan kembali sokongan yang telah hilang itu. Bagi parti yang memiliki berjuta-juta ahli cara memburuk-burukkan pesaiang adalah ibarat pukul curi. Dalam boxing ia disebut sebagai serangan below the belt.
Saya percaya majoriti ahli PKR tidak ambil pusing tentang terjemahan nama parti mereka. Yang terbaharu ia disebut sebagai parti kian runtuh. Ianya hanya mainan kata- kata. Kita yakin percaya ia tidak akan runtuh semudah runtuhnya jambatan MRR2. Apa yang sedang berlaku sebenarnya ialah proses pembersihan menyeluruh. Kita juga boleh ringkaskan perkataan Bilang Nadi sebagai BN.
Mengikut statistik mereka yang meninggalkan parti adalah orang-orang yang masuk PKR kerana kepentingan diri. Lihat saja betapa beruntungnya mereka dapat jadi wakil rakyat. Walaupun untuk sepenggal mereka sudah layak mendapat pecen yang lumayan. Tidak ada seorangpun dalam PKR merasa akan rugi diatas pemergian mereka ini. Memandangkan mereka dulu pernah berada dicelah pinggang BN. Tidak dinafikan ramai yang telah meninggalkan PKR dengan beberapa alasan termasuk tidak terpileh sebagai calun pilihanraya, benda-benda (projek, pingat) yang tidak ada didalam PKR dan beberapa sebab lain.
Jika benar seluruh rakyat sudah kembali menyokong BN mengapa ditangguh-tangguhkan Pilihanraya Umum Negeri Sarawak? Nak takut apa — Ahli Parlimen BN friendly pun dah ramai. Yang jelas selagi modal politiknya hanya bercakap tentang ( kononnya) terdapat kelemahan dan kepincangan Pakatan Rakyat lagi cepatlah rakyat menuju perubahan (change).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan