"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kisah Amy Search - Mentari Merah Di U***** Timur, Isi Dan Kulit

WFAUZDIN NS
TENTU kita masih ingat bagaimana penyanyi rock, Amy Search telah menjemput Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz untuk merasmikan restoren beliau yang diberi nama 'Restoren Cheng Ho'bertempat di Wangsa Maju. Ketika itu, restoren tersebut amat laris apatah lagi ramai yang tahu bahawa Tuan Guru Nik Aziz yang merasmikan restoren tersebut.

Tahukah anda, restoren yang telah beroperasi hampir 4 tahun itu kini telah ditutup akibat mempunyai berbagai masalah? Ini lah yang telah dilaporkan oleh Kosmo baru-baru ini. Amy Search, yang begitu bangga dapat menyertai Umno memberi komen terhadap tragedi restorennya itu berkata, "Saya sedih kerana perniagaan ini sudah lama dijalankan tetapi akhirnya terpaksa ditutup," katanya.
Tuan Guru Nik Aziz di Restoren Cheng Ho
Beliau telah memulakan perniagaan tersebut dengan modal sebanyak RM250,00 empat tahun lalu. Dia kemudiannya telah menyerahkan segala urusan perniagaan kepada seorang rakan namun ia berdepan dengan pelbagai masalah. Mulanya ramai yang beranggapan restorennya itu akan bertambah maju dan besar sebaik sahaja beliau secara terbuka mengisi borang keahlian Umno, ternyata meleset samasekali. Benarlah, rezeki bukan di tangan Umno.

Begitu juga dikhabarkan dengan perniagaan Restoren Ikan Bakar Sekinchan yang dimiliki oleh Jamal, satu nama yang terkenal akibat beberapa kelakuan bodohnya di dalam beberapa isu berkaitan demontrasi. Budaya ampu dan bodek terhadap sang Penguasa ternyata tidak mendatangkan hasil. Sekali lagi kita perlu ingat, rezeki bukan di tangan Umno.
Imbas kembali - Perasmian Restoren Cheng Ho Oleh Tuan Guru Nik Aziz
Ada hikmahnya Amy Search tidak menyertai kita walaupun awalnya ramai yang beranggapan beliau menyokong perjuangan Tuan Guru Nik Aziz. Bayangkan jika beliau bersama kita, apakah kita tidak turut merasa malu dengan beberapa aksi anaknya secara terbuka yang amat mengaibkan? Eloklah beliau berada di sebelah sana kerana di situ pasti tiada siapa yang akan menegur apa jua yang beliau atau anaknya lakukan bahkan anaknya Nabila dibenarkan tampil dikaca TV secara terbuka dengan pakaian yang terasa malu untuk kita menyebutnya.
Akhirnya, serah borang Umno
Adakah masih ada lagi "Mentari Merah Di U***** Timur" ? Antara "Isi dan Kulit" , Amy Search memilih telah memilih kulit. /wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan: