"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

PANAS! Najib Altantuya Mahu Singkir Muhyiddin?


Jalan Pulang

Cerita ini sebenarnya antara beberapa perkembangan terbaru yang akan didedahkan satu persatu. Jadi biarlah saya anggapkan ia merupakan siri ketiga walaupun sebenarnya hal ini lebih menjurus kepada satu pendedahan mengejutkan yang saya terima menerusi sumber dalaman Umno sendiri.Perdana menteri Najib Altantuya dipercayai sudah mengarahkan pakar-pakar strategisnya untuk menyingkirkan timbalannya sendiri, Muhyiddin Yassin dari jawatannya sekarang.

Alasannya?
Kerana puak yang setia dengan bekas menteri besar Johor itu sudah mengambil ketetapan bahawa pilihanraya umum mesti diadakan sebelum 30 November tahun ini.

Jika tidak, kata mereka, peluang Barisan Nasional (BN) untuk memerintah semula tipis.

Helah mereka lagi, sekiranya pilihanraya dibuat dalam bulan penganut agama Kristian menyambut Krismas itu, peluang BN menang lebih cerah berbanding cadangan Najib Altantuya yang mahu BR1M 2.0 dilunaskan dahulu pada Januari 2013 sebelum memanggil pilihanraya umum.

Disember juga merupakan kesempatan terbaik kerana penganut agama itu tidak sempat untuk berkempen terutamanya di Sabah dan Sarawak kerana sibuk membuat persiapan manakala yang tidak merayakannya akan mengambil cuti hujung tahun melancong bersama keluarga.

Taktik jahat puak Muhyiddin pantas dihidu Najib Altantuya melalui satu maklumat yang bocor beberapa minggu lalu mengatakan gerakan menyingkirkannya sudah semakin berkembang di seluruh negara melalui dua atau lebih bahagian Umno di setiap negeri kecuali di Sarawak.

Najib Altantuya yang tidak mampu menghalang kemaraan Muhyiddin telah berpakat dengan Naib Presiden Umno, Zahid Hamidi bagi menggantikan Muhyiddin.

Alasannya, Zahid setakat ini berjaya menghalang siri pendedahan skandal kapal selam Scorpene yang terus dibongkar Suara Rakyat Malaysia (Suaram) yang sedang menunggu siasatan hakim di Paris yang akan keluar dalam beberapa bulan lagi.

Tetapi mengapa Zahid dan bukan sepupunya sendiri, Hishamuddin Hussein?

Hishamuddin sudah dianggap bahan jenaka oleh pemimpin Umno malah langsung tidak dihormati atas kegagalannya menyelesaikan isu berkaitan keselamatan dan jenayah walaupun berjaya menambah senarai pengundi haram selepas perlaksanaan pemutihan 6P tahun lalu.

Maka Zahid kini sedang bersiap-siap menggantikan Muhyiddin manakala siapa yang akan mengisi kekosongannya sebagai naib presiden akan ditentukan kemudian.

Tetapi adakah Muhyiddin mengalah?

Jawabnya tidak, malah kem Muhyiddin sedang merencanakan sesuatu yang akan menghancurkan imej Zahid sepenuhnya dan dia sudah mengenal pasti siapa yang akan menjadi regunya untuk diganding bersamanya apabila berjaya menyingkirkan Najib Altantuya kelak.

Ada dua pilihan, Shafie Apdal atau Mukhriz Mahathir.

Tetapi Muhyiddin lebih melihat Mukhriz berdasarkan pengaruh bapanya Mahathir masih berkuku terutamanya di kalangan pemimpin senior yang kecewa dengan prestasi Najib Altantuya.

Ok, kita sambung lagi selepas ini.

Tiada ulasan: