"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Gara-gara bendera PAS, lori gas terlepas...

LanH

Baru-baru ini saya menerima e-mel daripada seorang peminat yang menukilkan sebuah kisah yang saya rugi jika tidak diketengahkan untuk bacaan umum. Ikutilah kisah yang dihantar oleh Puan Yati dari Bandar Tasik Puteri ini; semoga ia dapat dijadikan iktibar.

Assalamualaikum wbt Encik LanH

Tentu Encik sibuk tambahan tinggal enam hari lagi (ketika artikel in ditulis) tarikh keramat 5-5-13. Mesti Encik turut sibuk berkempen untuk parti kebanggaan orang Islam, iaitu PAS. Sebagai ahli PAS, sudah tentu saya turut menjadi pelanggan setia Harakah, jadi saya antara salah sorang peminat ruangan yang Encik tulis.

Di sini saya ingin menceritakn betapa sebenarnya hebat parti PAS di mata musuh-musuh di luar sana. Moga kisah saya ini boleh dijadikan iktibar dan pembakar semangat bagi semua pendukung PAS.

Kisahnya begini...Pada Sabtu 27 April, lebih kurang pukul 9 pagi, sayup-sayup saya terdengar bunyi hon lori yang menjual gas yang kadangkala setiap minggu masuk ke taman perumahan saya.

Kebetulannya tong gas 'spare' di rumah baru saya guna, jadi memang elok sangatlah tu…tak perlu susah-susah suami saya memikul tong gas itu ke kedai. suami saya pun letakkanlah tong gas kosong di depan pintu pagar rumah dan menyambung kembali membaca surat khabar.

Tak lama lepas itu, nampak lori itu tiba dan singgah di rumah jiran yang tak jauh dari rumah kami. Anak saya apa lagi, terus buka pintu pagar sambil terjerit-jerit, "sini, sini!" Biasalah budak-budak kan, pantang terlepas! Demi keselamatan (banyak kali jadi kes serbu masuk rumah atau ragut di taman saya dilakukan lelaki bermotor disebabkan pintu pagar terbuka), suami pun menyuruh anak saya masuk semula ke rumah. Dari dalam pagar rumah tanpa berkunci anak-anak saya dok berteriak lagi kepada si pemandu lori.

Tiba-tiba suami saya memberitahu yang lori itu akan pusing ke lorong lain sebelum ke rumah kami. Saya pun ingatkan betullah. Tunggu punya tunggu sampailah habis saya bersihkan kawasan sekitar garaj rumah, bunyi lori pun dah senyap. Saya pun naik heran, rasa cam dah lama dok tunggu, tapi kenapa tak muncul-muncul lagi?

Nak kata kawasan perumahan saya itu luas sangat, taklah luas mana, dalam lingkungan 300 lebih unit jer.. dah lebih 15 minit rasanya, takkan tak habis 'round' lagi. Saya cakap kepada suami mungkin pemandunya lupa kot, tu yang tak sampai-sampai. Suami pun mengiyakan saja. Tapi tak lama lepas itu, kami dengar bunyi hon lori gas itu, makin lama makin dekat…"ha, tu dah datang balik pun dia," kata saya.

Betul pun, saya lihat lori itu berhenti tak berapa jauh dari rumah kami (beberapa tapak dari rumah kami), mungkin jiran kami itu pun nak beli gas agaknya. Anak-anak saya yang dah senyap tadi sambung kembali menjerit, `sini!sini!sini!”….suami saya pun turut melambai-lmbai kepada pemandu lori tu….tapi dia buat macam tak nampak dan dengar dan dok perhati ke arah lorong depan rumah kami…macam dia teragak-agak nak ikut lorong situ ke tidak mungkin dia ingat tak boleh lalu sebab ada orang pasang khemah untuk program sukan tahunan anjuran taska Pasti berhampiran lorong tu. Tapi kalau dia nak lalu pun bukan tak boleh lepas pun. Lagi pun rumah saya hanya terletak nombor dua dari simpang tadi. Itu yang saya hairan!

Kebetulan masa tu saya berada dalam rumah. Pelik juga, senyap jer…kenapa tak ada dengar bunyi tong gas diseret, jadi saya keluar dan bertanya suami, "sudah ke belum?" Terkejut saya apabila suami beritahu yang lori tu dah pergi…."aik, apa pasal pulak dia tak nak berhenti sini? 'Blank' kejap otak saya dibuat nya! "Oooo agaknya dia nampak bendera tu kut, sebab tu dia tak nak datang," kata saya…."Aaa agaknyer lah," balas suami pula.

Saya sendiri pun tak menyangka, akan berfikir sejauh sebegitu, maklumlah sudah tak nampak alasan lain kenapa dia `main-mainkan' kami….hanya itu satu-satunya alasan yang saya mampu fikirkan masa tu iaitu 2 HELAI BENDERA PAS berkibaran megah di pintu pagar rumah kami…

Tak syak lagi, mesti pemandu lori tu pro BN, ortodoks BN. Yang saya tahu, sebelum ni hanya ada dua lori gas yang masuk ke taman kami, seorang tu ala-ala `mamak’ dan sorang lagi India. Tapi yang mamak ni rasanya dah lama tak datang, jadi penggantinya India tu.

Saya berharap sangat janganlah yang boikot tak nak jual gas dengan kami tu si mamak ni. bukan apa, saya tak peduli dia nak sokong parti mana, sedihnya kita seagama, tapi takkanlah disebabkan berbeza fahaman politik, cari rezeki pun nak pilih bulu….macamlah hina sangat duit penyokong PAS ni….

Tapi kalau dia lelaki India tu, langsung saya tak heran…pemandu lori gas tu rugi tak tahu, ada antara jiran kami yang juga ahli PAS turut jadi salah sorang pelanggannya hari tu….Cuma dia saja tak sedar/tahu sebab jiran kami tu tak menggantung bendera PAS seperti kami.

Berbalik kisah tong gas saya tadi, keesokan harinya (Ahad), masuk lagi sebuah lori gas, bunyikan hon sambil lalu perlahan depan rumah kami. Anak saya sekali lagi cepat-cepat macam nak jerit panggil lori tu tapi saya menegahnya…sebab suami saya dah pun menukar pada semalamnya tong gas baru di kedai semasa ambil anak dari balik tuisyen…..heran jugak, boleh pula dia lalu hari ni, tapi saya tak pasti pemandu yang sama atau lain.

Biarlah siapa/apa orang nak kata, yang pasti saya bangga kibarkan bendera BULAN di pintu pagar rumah kami….Hidup PAS…, insya-Allah.

Begitulah Encik LanH, kisah penangan bendera PAS kesayangan kita ni…orang yang fikiran sempit dan ortodoks saja yang berkelakuan begitu….namun saya juga 'respect' pada seorang jiran selang tiga rumah dari rumah saya. Walaupun saya anggap dia dan keluarga ortodoks BN (turun temurun daripada ayahnya), tapi hubungan beliau dengan kami(ortodoks PAS ni) tetap baik.

Kami saling bertukar-tukar hidangan tak kira masa, anak-anak kami bebas bermain bersama, malah suami masing-masing tiada masalah untuk keluar minum kopi bersama pada malam minggu atau ada kelapangan….

Saya terharu mendapat jiran seperti beliau, berbeza fahaman iedologi tapi kami mampu berkawan. Malah semasa PRU12, jiran kami ini turut sama mmbantu suami saya memasang bendera PAS di pagar rumah kami…begitulah profesionalnya beliau…moga-moga cerita saya ini dapat diambil contoh dan dijadikan teladan oleh penyokong BN dan penyokong PAS/Pakatan Rakyat yang lain….semoga kita semua akan berjaya dalam PRU13 ini seterusnya melangkah kaki ke Putrajaya…insya-Allah…

Tiada ulasan: