"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Setelah 6 hari PRU 13

IbnuSabah

Sedih, pilu, duka, gembira dan berbagai-bagai perasaan dirasai oleh rakyat yang cintakan kebaikan, keadilan, kebenaran, keamanan, kebajikan dan keberkatan.

Apapun segalanya tertakluk pada qada qadar yang ditentukan oleh Allah Ta'ala. Kita sebagai insan yang serba serbi lemah dah berikhtiar, berusaha tungkus lumus, berdoa dan bertawakkal kepada-Nya.

Alhamdulillah, kita semua bersyukur dan bertasbih kepada Allah Ta'ala kerana telah mengurniakan sebahagian kemenangan kita dalam perjuangan politik dalam Negara ini, walaupun dalam keadaan padangnya yang tidak sama rata.

Kemenangan Pakatan Rakyat dengan menambah kerusi parlimen dari 82 PRU 12 2008 kepada 89 kerusi PRU 13, mempertahan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang.

Kemenangan memperolehi undi popular 5.5 juta daripada 13.3 juta rakyat Malaysia yang layak mengundi (tak masuk pengundi hantu, warga asing dan undi yang dieksploit oleh SPR yang tak bebas itu), berbanding undi BN 5.2 juta (termasuk undi hantu, warga asing, undi dieksploit oleh SPR untuk menangkan calon umno/BN)

Tahniah kepada seluruh rakyat Malaysia yang telah mengundi calon-calon Pakatan Rakyat PAS/PKR/DAP dan rakan-rakan yang bergabung bersama Pakatan Rakyat.

Tahniah kepada YB Pakatan Rakyat seluruh Negara yang menang, semoga dapat memberi khidmat terbaik dan lebih baik kali ini.

Pesan Nabi Muhammad sallaLlahu alaihissalam: "Orang yang lebih baik hari ini daripada hari kelmarin adalah orang yang beruntung. Orang yang hari ini dengan hari kelmarin sama saja adalah orang yang rugi. Dan orang yang hari ini lebih buruk daripada hari kelmarin adalah orang yang celaka"

Rakyat mendambakan dan menunggu-nunggu perkhidmatan wakil rakyat mereka dengan lebih baik, tawaduk, amanah, adil, mesra dan berkebajikan. Jangan seperti para pemimpin umno/BN yang menjadikan gelaran YB umpama tuan dan raja yang mahu disembah rakyat.

Pesan Nabi Muhammad sallaLlahu alaihissalam, para sahabatnya dan para ulama yang ikhlas, sesungguhnya jawatan sebagai pemimpin itu adalah amanah dan pemberi khidmat kepada rakyat dibawah.

Insya Allah, watak para wakil rakyat Pakatan Rakyat rata-rata mereka merupakan golongan yang berwatak Saidina Umar ibn Al-Khattab radhiayaLlahu anhu yang bersedia meredah malam yang gelap gelita melihat kesusahan rakyat.

Cuma kita terasa sedih dan pilu bila Kedah terlepas kepada kumpulan penyamun tarbus. Bagaimanapun kita berdoa akan ada para pemimpin umno/BN di Kedah dapat melihat kepimpinan dan keberkatan kepimpinan Pakatan Rakyat Kedah dibawah teraju Al-fadhil Ustaz Azizan Razak yang telah berikhtiar sungguh-sungguh mentadbir negeri Kedah walaupun ditekan dan diserang berbagai-bagai fitnah.

Harapan kita kebaikan dan keberkatan kepimpinan Ustaz Azizan dan exconya selama 5 tahun mentadbir negeri Kedah akan terus mengalir di bumi Kedah, walaupun umno/BN yang pegang. Harapan kita tiada lagi songlap sana songlap sini untuk kayakan pemimpin umno/BN dan anak beranak dan krooni-krooni mereka.

Kita semua berdoa moga Ustaz Azizan Razak dikurniakan kesembuhan dan kesihatan untuk terus berbakti untuk agama, bangsa dan Negara, khasnya untuk negeri Kedah dan sekalian rakyatnya.

Apapun kita teruskan usaha, tekad, tawakkal. Perjuangan menegak kebenaran, keadilan dan kebaikan ini tidak akan berakhir dengan habisnya PRU 13. Ada banyak lagi kerja kita sehingga tertegakkan keadilan, kebaikan dan kebenaran di dalam negeri dan Negara kita.

Saidina Ali bin Abu Talib karamaLlahu wajhah: "Kebatilan yang tersusun akan mengalahkan kebenaran yang tidak tersusun dengan sempurna".

Ini sebenarnya yang kita semua hadapi. Pakatan Rakyat bersungguh mahu melaksanakan keadilan dan kerajaan yang terbaik. Akan tetapi kita berhadapan dengan sebuah parti umno/BN yang banyak kebatilan, rasuah para pemimpinnya, kronisme, mensonglap harta, wang rakyat, negeri dan Negara untuk memperkaya diri, anak beranak dan krooni mereka melampau-lampau.

Sekian.

SELAMAT BERJUANG HINGGA KE AKHIR HAYAT

HIDUP MULIA, MATIPUN MULIA

ALLAHU AKBAR!!!!!!!!!!!!!

REFORMASI!!!!!!!!!

Tiada ulasan: