"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ni lagi satu bala buat Najib

Bursa Malaysia bakal “tendang” FGV
ARIF ATAN
KUALA LUMPUR: Dakwaan Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) mungkin akan dikeluarkan dari Bursa Malaysia sudah diramalkan oleh Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) sejak syarikat perladangan terbesar di dunia itu disenaraikan pada 28 Jun 2012.

Pengerusi Anak, Mazlan Aliman berkata, kebimbangan warga peneroka sebelum ini semakin menjadi kenyataan apabila saham FGV telah susut dua pertiga daripada nilai pasaran sehingga ke paras hanya RM2.08 pada masa ini.

“Warga peneroka bimbang dengan nasib 360,000 hektar tanah Felda yang sudah dipajak kepada FGV selepas mereka sebelum itu dipaksa menandatangani perjanjian pinjaman untuk membeli saham FGV.

“Hanya tiga tahun selepas itu, kemungkinan FGV dinyahsenarai (dari Bursa Malaysia) tidak mustahil berlaku berdasarkan status FGV sekarang ini. Kebarangkalian tinggi operasi FGV terjejas sukar dielak. Apa lagi, kalau kita lihat dari CEO FGV hingga ahli lembaga pengarah, tidak ada pengalaman di bidang perladangan.

“Saya yakin laporan analisis terbabit bukanlah serkap jarang, sebaliknya berdasarkan petunjuk prestasi FGV yang makin merudum di bawah Dato’ Mohd Emir Mavani Abdullah selaku CEO (Ketua Pegawai Eksekutif) FGV,” ujarnya ketika dihubungi Harakah, 22 Mei lalu.

Dalam hal berkaitan, Mazlan yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat berkata, ketidaktentuan prestasi FGV itu juga mengheret kepada perubahan dalam pengurusan tertinggi syarikat perladangan itu.

Bahkan, jelasnya, Anak pada Disember 2014 telah mendesak Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad supaya meletak jawatan kerana prestasi buruk FGV.

“Khabarnya, Emir Mavani tidak akan disambung kontraknya sebagai CEO FGV. Benarkah, CEO Tabung Haji, Tan Sri Ismee Ismail akan dilantik sebagai CEO baru bagi FGV?” soalnya.

Sehubungan itu, beliau bersama pakar ekonomi PAS, Dr Rosli Yaakop serta beberapa Jawatankuasa Anak akan ke Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan Bursa Malaysia pada 26 Mei ini bagi mendapatkan gambaran sebenar mengenai FGV.

“Anak sebelum ini mohon untuk berbincang dengan pengurusan FGV tetapi kami tidak dilayan. Oleh sebab itu, pertemuan dengan pihak Bursa Malaysia ini penting untuk mengelak peneroka menanggung kerugian dalam jangka masa panjang,” ujar Mazlan lagi.

Dato’ Seri Najib Tun Razak mula mengumumkan hasrat kerajaan menyenaraikan FGV ke Bursa Malaysia dalam pembentangan Belanjawan 2012 pada 28 Oktober 2011, dengan membayar RM15,000 secara beransur-ansur kepada kira-kira 1.6 juta setiap peneroka dan ahli keluarga peneroka dengan apa yang disebut sebagai “durian runtuh.”

1 ulasan:

amin berkata...

Bagus ambil kau warga felda.selepas 3 tahun jadi kayo rayo he he. he