"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Isteri curang penggal suami

GUTIERREZ (kiri) dan isterinya, Maria.
Las Vegas: Seorang wanita mengaku membunuh suaminya sendiri selepas rahsianya menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain diketahui mangsa.

Maria Hernandez, 32, dan adik lelakinya Hector Gutierrez, 22, ditahan dan dituduh membunuh suaminya, Enrique Hernandez.

Mayat Hernandez dijumpai di tepi jalan dalam keadaan berlumuran darah dengan kepalanya hampir putus.

Maria dipercayai merancang pembunuhan itu sebulan lalu dengan bantuan Gutierrez yang menyerang mangsa menggunakan kapak.

Wanita itu pada mulanya menghubungi polis berhampiran persimpangan Buffalo Drive pada jam 2.30 pagi (waktu tempatan) dan memberitahu ada lelaki menyerang suaminya.

Selepas disoal siasat Maria akhirnya mengaku dia bersubahat dengan Gutierrez untuk membunuh suaminya itu.

Maria menyembunyikan kapak di tempat duduk belakang kereta yang dipandunya dan menyuruh Gutierrez menggunakan senjata itu untuk menyerang mangsa. - Agensi
-hmetro-

Tiada ulasan: