"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Rakan rapat Dr. Mahathir rentung

KEADAAN ruang tamu rumah Muhammad Ali yang terbakar hingga menyebabkan lelaki berkenaan rentung di Jalan Burhanuddin Helmi, Taman Tun Dr. Ismail semalam.
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang juga merupakan kenalan rapat kepada mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad ditemui mati rentung dalam satu kebakaran yang dipercayai berpunca daripada puntung rokok yang dihisap mangsa di rumahnya di Jalan Burhanuddin Helmi, Taman Tun Dr. Ismail di sini semalam.

Dalam kejadian pukul 1.30 pagi itu, mangsa, Datuk Dr. Muhammad Ali Mahfuz Ali, 88, dikatakan sedang tidur di atas sofa di ruang tamu manakala iste­rinya, Selamah Tunut, 77, tidur di dalam salah sebuah bilik rumah tersebut.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Muhammad Azlee Abdullah berkata, kebakaran itu disedari anggota polis pencegahan jenayah yang kebe­tulan melalui kawasan berkenaan selepas melihat api serta asap dari rumah tersebut.

Katanya, anggota terbabit kemudian cuba memasuki rumah itu dengan memotong kunci pintu hadapan dan sebaik sahaja berjaya masuk, mereka mendapati 10 peratus ruang tamu rumah itu sudah terbakar manakala mang­sa pula ditemui mati de­ngan keadaan badan tertangkup di atas sofa berkenaan.

“Susulan itu, anggota kita segera menyelamatkan isteri mangsa yang ditemui pengsan di tepi dinding berhadapan dengan pintu utama rumah berkenaan sebelum menghubungi anak mangsa yang tinggal tidak jauh dari kawasan itu,” katanya ketika dihubungi semalam.
-kosmo-

Tiada ulasan: