Pemandu Uber yang dituduh merogol dan membunuh seorang diplomat British di Lubnan minggu lalu didakwa telah memberitahu polis bahawa serangan itu dibuat kerana wanita berkenaan memakai skirt pendek.
Tarek Hawchieh ditangkap minggu lalu kerana disyaki membunuh Rebecca Dykes, yang bekerja di Kedutaan Besar Britain.
Dykes, 30, menaiki teksi pulang dari bar popular di Beirut apabila dia diserang secara seksual dan dicekik.
Mayatnya ditemui di tepi jalan dengan media tempatan mendakwa dia telah diperkosa dua kali.
Kini, sumber polis mendedahkan apa yang menyebabkan Hawchieh melakukan serangan itu.
Polis memberitahu MailOnline: “Dia berkata, dia mendapati wanita itu cantik, memakai skirt pendek, jadi dia memutuskan untuk merogolnya kerana ia mudah kerana dia orang asing.”
Apabila dibentangkan bukti CCTV bahawa dia adalah pemandu Uber Dykes malam itu, Hawchieh mengakuinya.
Maklumat fail yang bocor menunjukkan dia tidak mempunyai rekod jenayah dan mampu menjadi pemandu Uber, tetapi media tempatan percaya dia memalsukan rekod tersebut untuk menutup hukuman penjara kerana mencuri motosikal dan kesalahan dadah.
Dykes telah menghabiskan malamnya bersama rakan beberapa jam sebelum dia pulang ke UK untuk Krismas.
Kakitangan dari Kedutaan menyedarinya apabila dia tidak tiba di UK pada keesokan harinya.
Dia ditemui dengan tali yang terjerut di leher dan pakaiannya koyak.
Rakan Hawchieh berkata dia adalah ‘individu bermasalah’ yang ketagihan dadah, mempunyai masalah wang dan isterinya sedang dalam penjara kerana pelanggaran visa.
Mayat Dykes diterbangkan ke UK pada hari Jumaat dengan pesawat tentera RAF.
-kualalumpurpost
Tiada ulasan:
Catat Ulasan