"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Covid-19: Lebih 164,000 kematian setakat 20 April


Ambulans membawa pesakit Covid-19 tiba di hospital baru di tempat acara OGR (Officine Grandi Riparazioni) di Turin, Itali yang sebelum ini sering digunakan bagi acara konsert atau kesenian. – Gambar EPA, 20 April 2020.

JUMLAH kematian di seluruh dunia akibat pandemik koronavirus meningkat 164,016 pada Ahad, menurut jumlah sumber rasmi yang dikumpulkan oleh AFP pada 1900 GMT.

Lebih 2,363,210 kes yang dilaporkan di 193 negara dan wilayah sejak wabak ini pertama kali muncul di China pada Disember.

Daripada kes terseut, sekurang-kurangnya 525,200 kini dianggap pulih.

Data yang dikumpulkan oleh AFP daripada pihak berkuasa negara dan maklumat daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), mungkin hanya mencerminkan sebilangan kecil daripada jumlah jangkitan sebenar.

Banyak negara hanya menguji kes yang paling serius.

Di Amerika Syarikat (AS), negara paling teruk terjejas, jumlah kematian adalah 40,585 dengan 742,442 jangkitan. Sekurang-kurangnya 67,052 pesakit sembuh.

Itali adalah negara seterusnya yang paling terjejas dengan 23,660 kematian dan 178,972 disahkan dijangkiti.

Ia diikuti oleh Sepanyol dengan 20,453 kematian dan 195,944 jangkitan disahkan, Perancis dengan 19,718 kematian dan 152,894 jangkitan dan Britain dengan 16.060 kematian dan 120,067 kes.

China - tidak termasuk Hong Kong dan Macau - setakat ini mengisytiharkan 4,632 kematian dan 82,735 kes.

Eropah melaporkan 1,170,258 kes dan 103,255 kematian setakat ini; AS dan Kanada 775,825 kes dengan 42,114 kematian; Asia 163,800 kes dengan 6,971 kematian; Timur Tengah 125,213 kes dengan 5,571 kematian; Amerika Latin dan Caribbean 98,620 kes dengan 4,924 kematian; Afrika 21,615 kes dengan 1,091 kematian; dan Oceania 7,879 kes dengan 90 kematian. – AFP, 20 April, 2020.

Tiada ulasan: