"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Polis akan rujuk kertas siasatan terhadap anak Zahid Hamidi ke Jabatan Peguam Negara

FMT Reporters
PETALING JAYA:
Polis akan rujuk kertas siasatan terhadap anak presiden Umno, Nurul Hidayah Ahmad Zahid dan suaminya ke Pejabat Peguam Negara, selepas siasatan berkenaan perbuatan cuai yang mungkin merebakkan jangkitan penyakit berbahaya dan melakukan pergerakan tanpa kebenaran selesai.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Huzir Mohamed berkata pasangan itu disiasat bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (N0.3).

Satu kertas siasatan sudah dibuka oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (D5) Bukit Aman dan keterangan Nurul Hidayah dan suami sudah diambil pada 24 April.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menimbulkan kegusaran dan persepsi negatif dalam kalangan masyarakat seolah-olah polis tidak mengambil tindakan ke atas dakwaan pelanggaran ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Siasatan mendapati Nurul memuat naik gambar di media sosial dengan kapsyen tentang kunjungannya dan suami ke kementerian di Putrajaya.

“Polis ingin menegaskan sekali lagi tidak ada sesiapa yang akan terlepas daripada sebarang tindakan sekiranya didapati dengan sengaja melanggar apa-apa juga undang-undang negara,” kata Huzir.

Tiada ulasan: