"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Terbukti PAS Dan Pimpinannya Lebih Terbuka

Sofi Wahab

Keputusan CEO PMBK, Ariffahmi Abdul Rahman meletakkan jawatan atas nasihat Tok Guru Aziz membuktikan bahawa kerajaan PAS, PAS dan pimpinan PAS lebih terbuka dan sering mendengar nasihat yang baik dari sesiapa sahaja.

Tok Guru sebagai Menteri Besar mempunyai kuasa untuk tidak menasihati Ariffahmi yang juga menantunya supaya tidak meletakkan jawatan. Namun oleh kerana sifat terbuka dan ikhlas beliau Tok Guru bersedia melakukan perkara tersebut.

Kalau pimpinan Umno/BN sudah tentu tidak akan tunduk kepada nasihat dan saranan orang bawahannya. Tetapi inilah sikap pemimpin PAS yang bersedia melakukan apa juga kebaikan hatta tindakan itu sukar dan memberikan yang tidak kurang besarnya.

Kini bersediakah pemimpin Umno/BN melakukan apa yang dilakukan oleh Tok Guru. Berani dan sanggupkah pemimpin Umno menasihatkan anak, adik, saudara dan kawan mereka meletakkan jawatan di mana-mana agensi kerajaan dan pejabat kerajaan yang ada kaitan dengan mereka. Kalau berani sila buat!

UTUSAN TIDAK BERMARUAH, SILA MOHON MAAF SEKARANG

Akhbar Utusan hari ini dengan bersahaja menyiarkan laporan penafian Husam tentang isu letak jawatan.

Sepatutnya Utusan bukan sahaja menyiarkan penafian tersebut malah memohon maaf kepada Husam, Tok Guru Nik Aziz, pimpinan PAS, ahli PAS serta rakyat Kelantan kerana pemfitnah Husam dalam isu perletakkan jawatannya dalam kerajaan negeri dan parti.

Namun seperti biasa memohon maaf tiada dalam kamus hidup Utusan yang tugasnya hanya memfitnah, mentohmah, berbohong dan adu domba.

Hanya Allah yang akan membalas semua kejahatan Utusan selagi fitnah tersebut terlekat pada kepala pembaca. Sebelum terlambat pohonlah kemaafan segera.

KOTA SEPUTEH : ABU HASSAN 'PUTEH' MATA
Jika Pilihanraya Kecil Kota Seputeh berlaku, bekas Wakil Rakyatnya Abu Hassan Sharif hampir pasti ber'puteh' mata. BN kemungkinan besar akan memilih calon lain yang diyakini tidak ponteng Sidang DUN. Umno/BN sudah pasti serik dengan perbuatan Abu Hassan yang seolah-olah menjadikan Sidang DUN seperti Mesyuarat JKKK di kampung dia sendiri, hadir atau tidak hadir ikut suka hati dia sahaja.
Ramai pemerhati meramalkan BN akan menang dengan mudah jika meletakkan Ahli Parlimen Mukhriz Mahathir menjadi calonnya. Namun ini dinafikan oleh Muhyiddin Yassin yang memberikan alasan bahawa BN mempunyai ramai calon berkaliber.
Muhyiddin Yassin berkata langkah itu bukan bermakna Mukhriz tidak sesuai tetapi bagi memberi peluang kepada orang di
kawasan itu.

Katanya, Mukhriz boleh membantu dalam kempen pilihan raya kecil nanti berikutan beliau mempunyai pengaruh dan diterima baik ramai pengundi di kawasan parlimen itu.

Dari riak-riak tersebut Abu Hassan mungkin terpaksa gigit jari. Selepas inilah boleh setiap hari memancing udang di kolam udang Kerpan tidak jauh dari Kota Seputeh.

http://mutaligat.blogspot.com/

Tiada ulasan: